helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Eco-Caliph Team (ECT) : Sambutan Tahun Baru 2010 Di Puncak Bukit Tabur

Entri ini sepatutnya dipos pada 01.01.2010 yang lalu, namun baru sekarang aku berkesempatan untuk mencari ruang dan peluang untuk melaksanakannya..Pun begitu, memori di puncak Bukit Tabur atau dikenali juga sebagai Bukit Tabuh dan Bukit Hangus oleh warga tempatan yang terletak di Empangan Klang Gate, Taman Melawati, Selangor ini tidak sepatutnya di "bungkus" seperti nasi lemak di dalam lappie dan seharusnya diabadikan di dalam blog kesayangan ini untuk dikongsikan bersama...

Info: Latitude: 3°14'1.52"N , Longitude: 101°44'55.43"E
Ketinggian - Kurang 1000 meter

Hari cuti umum yang sepatutnya disambut bersama keluarga tercinta sanggup diketepikan oleh rakan-rakan dengan perjalanan yang penuh dengan keceriaan ke destinasi yang dituju. Thanks guys...Uol so cool !!


Perjalanan dimulakan sekitar jam 0720..Sempat lagi bergambar tanda kenang-kenangan sebelum menaiki kenderaan.
Dari kiri : Wan Azrin, Busyra, Ilyani, Firdaus, Basir, Ismail, Aku, Rosli, Yusof.
So...The journey began !!!



Aik !! Belum pape lagi dah makan? Ahaks...sarapan pagi...Ape ley wat...Lapar sesangat weyh...




Setibanya di kaki Bukit Tabur, kami bersiap sedia untuk naik ke puncak dan mengeluarkan bekalan makanan dan peralatan lain, tidak dilupakan bacaan doa supaya dipermudahkan perjalanan oleh Allah dan keselamatan naik ke puncak dan turun kembali.












Pemandangan indah kawasan sekitar Taman Melawati dari puncak..








Bukit Tabur..Tidaklah terlalu tinggi, namun sudah "menelan" banyak nyawa setiap tahun..Untuk makluman, kawasan bukit ini amat berbahaya, berlurah dan berbatu-batu tajam.
Anda diwajibkan untuk membuat laporan polis di balai sebelum memulakan aktiviti mendaki serta membawa peralatan yang sesuai sebagai persediaan langkah keselamatan menghadapi situasi kecemasan . Kebanyakan kes kematian pendaki dan sesat di kawasan bukit ini didapati tidak membuat laporan polis kerana menyangka mereka akan sampai ke puncak bukit ini dengan cepat dan pantas. Ingat, malang tidak berbau..


Pemandangan dari empangan Klang Gate.




Antara flora yang boleh didapati di sini..








Sempat bergambar bersama John, si anjing yang menemani kami sehingga sampai ke puncak. Entah siapa yang memberikan gelaran tersebut..Ahaks..
Difahamkan, anjing-anjing yang berada di kawasan bukit ini akan menyambut ketibaan pendaki-pendaki Bukit Tabur sebaik sahaja tiba di kaki bukit serta menemani mereka sehingga ke puncak. Tidak diketahui dari mana datangnya anjing-anjing tersebut..




Wajah-wajah ceria dengan pelbagai ragam...
Segala penat lelah terbang di bawa bayu yang bertiup di puncak Bukit Tabur...









Setelah puas sesi mengambil foto dan melepaskan lelah, kami menyusuri tebing yang curam untuk turun ke kaki bukit. Menuruni bukit juga memerlukan tenaga dan stamina yang tinggi...Kalau tidak, jadilah seperti Basir yang terbaring seperti...


Setelah sampai di kaki bukit, kami menuju ke gerai kecil berdekatan yang menjual pelbagai minuman untuk melepaskan lelah...Pilihan utama, 100 Plus semestinya !!



1 comments:

Nama sebenar anjing tu 'Peace', anjing betina. Nama lain, kakak atau Pizah. Anjing penjaga kebun dikaki bukit. Dah bertahun dia temankan orang hiking, dia baik. Lain kali kalau jumpa lagi bagi je upah makan sikit, minum ke...tentu dia suka. Manalah tahu dapat pahala benda2 kecil macamni kalau tuhan nak bagi kan . Dia pernah luka, jatuh dalam gaung atas tu masa temankan orang hiking. Satu hari tak bergerak,tapi umur panjang. Alhamdulillah ada orang selamatkan dia. Dia pernah juga ikut bomba dan polis cari orang hilang atas bukit tu dulu. Sampai sekarang masih teman kan orang naik atas tu. Ada yang suka, tapi ada yang tak suka jugak...kesian pulak. Tapi nak buat cmmana, haiwan cerdik dan hobi dia teman orang hiking.