helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Langkah Tatih Pertama..


Malam ini merupakan hari pertama aku menyusun kata, menyulam bicara..mencoret rasa bersandarkan sabda pendeta qalbu..bertatahkan kilauan-kilauan cahaya putih dari permata keimanan..Semoga apa yang aku nukilkan beroleh manfaat serta redha Ilahi, berbekalkan kepetahan akal fikirin serta ketulusan hati..

Ada Apa Dengan Mangkuk Tandas?



http://images.google.com.my/

Mangkuk tandas...

Eh? Kenapa aku menjadikan mangkuk tandas sebagai satu isu?

Sememangnya tandas menjadi suatu tempat bagi segelintir orang mencari ilham dan sumber inspirasi. Manakan tidak, apabila berada di dalam tandas yang sunyi, fikiran menjadi begitu tenang setenang air dan menerawang sambil memikirkan pelbagai perkara dalam kehidupan seharian..

"Hmm...hari ni nak pergi makan di mana ek?"," Eh...hari ni aku nak ajak awek aku pergi panggung wayang la..","Aduh..mana aku nak dapat duit untuk beli motosikal RXZ hujung bulan ni?"..

Mungkin inilah yang meniti di fikiran orang-orang yang melepaskan "hajat" sambil berfikir dengan mendalam di dalam kotak ajaib tersebut. Pelik..Kadang-kadang terdapat manusia zaman moden yang menjadikan tandas sebagai tempat riadah (riadah??) contohnya membaca surat khabar,tidur, merokok, dan lebih dahsyat lagi makan didalam tandas !! Alahai...

Sebenarnya tujuan aku menulis pada ketika ini (5.20 am) adalah untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan kesakitan hati yang dialami akibat penggunaan mangkuk tandas yang tidak menepati spesifikasi lebih tepat lagi tidak mesra pengguna. Dalam konteks kepenggunaan, terdapat satu istilah dinamakan sebagai "mesra pengguna" iaitu sebarang servis atau perkhidmatan seharusnya tidak menyusahkan pelanggan disamping memberikan lebih banyak kemudahan serta membawa kepada tahap "satisfaction" atau kepuasan hati yang tinggi kepada mereka..Barulah perkhidmatan tersebut layak untuk mencapai tahap perkhidmatan berkelas tinggi.

Berbalik kepada isu mangkuk tandas tadi..

Bagi aku, tandas yang dibina oleh sebahagian arkitek zaman moden dewasa ini dibina hanya untuk kepuasan diri sendiri serta kononnya mempunyai nilai seni yang tinggi, cantik dan berpotensi untuk dimiliki oleh semua rumah yang mempunyai tandas di dunia.

Teori semata-mata? Maaf..

Cuba lihat mangkuk tandas di sekitar anda..
di rumah..masjid..asrama..tandas awam..pusat membeli-belah..

Kebanyakan tandas ini menggunakan mangkuk tandas yang rata (flat) sebagaimana lagaknya tv skrin rata 21 inci atau tv LCD, LED gaya moden yang terbaru di pasaran..Tandas jenis inilah yang mendominasi tandas-tandas di sekitar pandangan mata anda.Berbanding pada zaman sebelum ini tandas menggunakan mangkuk tandas yang bersifat melengkung, cembung dan dalam.

Isu tandas...Bukankah isu ini isu remeh? Banyak lagi isu penting yang perlu diutarakan selain daripada isu ini?

Remehkah ia? Benarkah?

Persoalan yang sering timbul di fikiran ialah mengapa tandas sedemikian rupa dicipta oleh sebahagian orang-orang yang mengaku pakar dalam mencipta mangkuk tandas yang terbaik?

Awas !! Tulisan yang seterusnya mungkin menimbulkan rasa jijik yang melampau tahap gaban makan lipan kepada anda !!

Mangkuk tandas yang rata ini menyebabkan najis tidak dapat bergerak dengan pantas dan seringkali terlekat pada permukaan mangkuk hingga mengeluarkan bau yang sungguh mengazabkan pada tuan punya najis..hehe..Manakala, apabila membuang air kecil najis tersebut berkemungkinan terpercik dan mengenai pakaian dan kaki akibat permukaan yang rata dan begitu hampir dengan kaki anda !!

Apatah lagi paip air di dalam tandas tersebut juga seperti mangkuk tandas zaman moden direka tanpa konsep mesra pengguna. Lihat sajalah..ia direka hanya untuk menyusahkan pengguna..Apabila tombol paip dipulas,air yang keluar amat deras dan laju serta menyebabkan air tersebut terpercik ke merata-rata tembat. Amat malang lagi sekiranya pengguna memakai pakaian serta basah pakaiannya akibat percikan air tersebut..Mau di caci maki serta dihamun siapa yang bertanggungjawab membina dan mencipta benda alah tersebut!! Berbeza dengan mangkuk tandas tradisional yang cembung itu, najis yang jatuh ke permukaan lebih mudah "menggelongsor" serta tidak menyebabkan ia melekat, dan apa yang lebih penting, paip tradisonal yang dibina tidak mengeluarkan air yang laju dan tidak menyebabkan air paip terpercik. Inilah baru dikatakan mesra pelanggan..Biarpun bagi sesetengah orang yang biasanya menggunakan tandas moden menganggap mangkuk tandas tradisional sebagai lapuk, namun sekiranya ia masih relevan serta sesuai digunakan untuk "melayan" para pengguna, apa salahnya? Ingat..benda-benda baru takkan sesekali muncul tanpa benda-benda lama..

Ramai juga yang teruja menggunakan tandas duduk melebihi tandas cangkung, padahal tandas cangkung adalah yang terbaik buat umat Islam, melainkan bagi orang-orang yang uzur, seperti orang tua dan orang kurang upaya (OKU).

Alangkah ruginya bagi mereka yang tidak menghargai mangkuk tandas cangkung yang pada waktu yang sama merupakan mangkuk tandas tradisional. Menjadi satu amalan bagi Rasulullah s.a.w semasa qada hajat dengan memberatkan bahagian tubuh sebelah kiri, yang juga merupakan salah satu adab qada hajat dalam Islam. Hal ini diajar nabi kerana terdapat faedah atau kebaikan disebaliknya. Mungkin bagi memudahkan proses pembuangan sisa kotoran tersebut dari tubuh badan kita..Tiada satu amalan yang dilakukan oleh nabi adalah sia-sia. Terpulang kepada kita untuk mengamalkannya atau meninggalkannya..Namun, jika bukan kita orang Islam mahu mengamalkannya, siapa lagi? Jikalau kita menggunakan tandas duduk, bagaimana mahu mengamalkan sunnah nabi tersebut? Bolehkah kita memberatkan sebelah kiri badan? Oh...tidak !!

Tetapi tidak dinafikan ramai manusia zaman moden yang sudah terbiasa mungkin semenjak kecil menggunakan mangkuk tandas sedemikian rupa.Tetapi tidak bagi aku..

Tidak mustahil orang-orang yang menggunakan tandas sedemikian tidak membersihkan sisa najis mereka kerana menganggap leceh, takut terpercik air dan sebagainya..Tidak kurang ada yang setakat membersihkan najis terutamanya air kecil sambil lewa.."Ye lah..nanti kalau pengguna tandas sebelah tak dengar bunyi air paip, dikata aku tak basuh plak.." Hasilnya, tandas-tandas di Malaysia (bukan yang berbayar) kebanyakannya berbau hancing, hamis dan busuk walaupun terdapat paip air didalamnya. Itulah pengalaman aku sebagai pengguna tandas sepanjang hidup di bumi Allah ini selama 23 tahun.

Sedarkah kita bahawa ramai manusia yang diazab Allah didalam kubur hanya kerana tidak membersihkan sisa najisnya?

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu 'Anhu bahwa ia bercerita: "Suatu kali Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam melewati dua kuburan lalu berkata:
"Sesungguhnya kedua penghuni kubur ini sedang disiksa, bukanlah karena kesalahan yang besar. Salah seorang dari keduanya kerana tidak beristinja' setelah buang air, dan satunya lagi berjalan ke sana ke mari menyebar namimah (mengadu domba)."
(H.R Al-Bukhari no:5592)

Lebih malang lagi sekiranya perkara tersebut berlaku di rumah-rumah ibadah tempat kita umat Islam sujud menyembah Tuhan.. Diterimakan ibadah kita yangmana ketika memuja-muja Tuhan dan menundukkan kepala tanda akur padaNya,tubuh badan pula berlumurun dengan najis? Siapakah yang harus dipersalahkan?

Atau mungkinkah mangkuk tandas yang dicipta dewasa ini sengaja direkabentuk sedemikian rupa oleh orang kafir laknatullahi 'alaihim yang ingin melihat umat Islam senantiasa terpalit dengan kekotoran najis yang mereka sendiri tidak sedari? Apakah mereka berkonspirasi untuk mewujudkan umat Islam yang lemah serta tidak diterima amal ibadat mereka oleh Tuhan? Mungkinkah?

Jika anda seorang arkitek yang merekabentuk mangkuk tandas, janganlah jadikan benda alah tersebut sebagai hasil seni semata-mata.. Fikirkan, adakah mangkuk tandas yang anda bina itu betul-betul menjamin kebersihan hidup seharian manusia atau sekadar menyusahkan? Adakah mereka berpuas hati menggunakan ciptaan tersebut?
Atau adakah anda yang menjadi penyumbang dan penyebab kepada dosa yang dilakukan oleh orang lain yang menggunakan hasil ciptaan anda atas tiket kealpaan anda sendiri?

Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian dari iman kepada Allah Taala (bukan separuh ye...). Dalam Islam diajar kepentingan kebersihan, walaupun pada hakikatnya umat Islam lebih ramai atau majoritinya bersifat pengotor melebihi umat yang tidak mengenal Allah.. Buktinya, di Venice kota para kekasih memburu asmara yangmana umat Islam sebagai masyarakat minoriti tidak dibenarkan melaungkan azan solat, masyarakatnya yang majoriti beragama Kristian Katolik mengamalkan kebersihan semaksima mungkin yang mampu membuat umat Islam terkedu. Para pemilik anjing yang membawa anjing-anjing mereka berjalan-jalan sanggup mengutip najis anjing-anjing menggunakan kertas tisu tersebut yang dilepaskan di atas jalan raya semata-mata kerana tidak mahu orang lain memijaknya..kalau orang Islam sendiri ? Oh...alangkah berbezanya sikap umat islam dibandingkan dengan umat yang tidak mengenal Rabb Haqiqi...Sedangkan Dia lah yang mengajar umat-Nya akan nilai kebersihan dan kesucian dalam segala aspek kehidupan, dari sekecil zarah hingga sebesar-besar alam dunia..

Berapa ramaikah yang sanggup mengutip najis haiwan kesayangan mereka serta membersihkannya supaya tidak dipijak orang yang lalu lalang di jalanan? Nak kutip najis cicak di masjid pun payah, inikan pula najis anjing atau kucing..Huu..

Fikir fikirkan..