helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Seputar Ziarah Ke Sabah, Negeri Di Bawah Bayu


Program Baktisiswa Suksis IIUM
16-23 April 2010
Bertempat di Kampung Taun Gusi 1, Kampung Taun Gusi Padang, dan Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud, Sabah.

Penerbangan MAS MH2662 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam 20 minit.



Suasana indah hamparan awanan memutih ; 33,000 kaki dari paras laut...syahdunya...

Selamat Datang ke Kota Belud..

Jelapang padi Sabah di daerah Kota Belud.

Sawah padi dilatari oleh gunung Kinabalu, gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.

Bertuah kerana dapat melihat puncak gunung dengan jelas selama 2 hari berturut-turut tanpa sebarang gangguan awan.

Suasana ketika matahari terbenam...Subhanallah...


Aktiviti gotong-royong dihidupkan bersama.


Lawatan industri kecil dan sederhana (IKS) sekitar kampung.

Pelancaran Rakan Cop dan aktiviti bersama anak-anak yatim.

Derma darah.

Sukan rakyat bersama penduduk-penduduk kampung yang terdiri daripada tiga kaum utama ; Bajau, Kadazan Dusun, dan Iranun.

Aktiviti santai...poco-poco?



Berjalan-jalan di Kundasang.


Berjalan-jalan sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.





Koleksi coklat bar murah yang berjaya di terjah di Labuan..

Bersama keluarga angkat yang peramah, En. Mohd Zain sekeluarga.

Air batu campur istimewa Kota Belud yang berwarna ungu dengan campuran kacang tanah serta cincau...hasil air tangan mama...

Haiwan pelik bernama "Tekek" - Cicak berkepala besar serta mengeluarkan bunyi kelakar yang sangat kuat seperti itik, dikatakan haiwan ini bermanfaat bagi mengubati penyakit HIV serta masih dalam proses kajian. Haiwan ini dijual dengan harga yang sangat tinggi.


Pantai Teluk Asukan, masih belum dicemari oleh tangan-tangan manusia...

Pokok kelapa bercabang di SK Kulambai, Kota Belud.


Dua buah keluarga besar...Semoga ukhuwah yang terjalin kekal selamanya...


Dewa 19 & Teori Konspirasi Yahudi


Entri ini berasal daripada : http://greetingaddajjal.blogspot.com/


www.rujakmanis.com

Apabila berbicara mengenai artis dan selebriti, kita tidak mungkin dapat lari daripada menyebut mengenai peranan dan pengaruh mereka dalam kehidupan seharian masyarakat. Bayangan selebriti di mata serta akal fikiran masyarakat seolah-olah bersatu dengan kehidupan masyarakat menjadi satu . Di mana-mana sekalipun, selebriti dilayan bagaikan malaikat yang dihamparkan karpet merah, dipuja dan dipuja selayaknya, disayangi dan dihormati seadanya. Tiadalah seri sesuatu program atau majlis keramaian hatta program motivasi pelajar atau ceramah-ceramah politik sekalipun kecuali dengan kehadiran para selebriti kononnya sebagai penambah rencah sesuatu majlis dan bagi menarik minat audien serta bagi menggamatkan suasana. Jualan sesuatu produk juga tidak akan berjaya kecuali dengan menyunting mereka sebagai duta bagi mempromosikan barangan tersebut kepada umum.

Bersesuaian dengan kekuatan pengaruh golongan ini dalam mengubah minda dan gaya hidup masyarakat menyebabkan wujudnya entiti yang mengambil peluang untuk menyebarkan dakyah atau mesej rahsia melalui satu titik konspirasi , supaya masyarakat terbiasa dengan dakyah tersebut serta mula menerimanya sedikit demi sedikit tanpa sebarang perasaan ragu dan ingin tahu.

Dewa 19, sebuah band muzik yang terkenal dari republik Indonesia boleh digolongkan dalam golongan selebriti yang menyebarkan dakyah yang bersifat 'satanic' dan gelap, penuh dengan mesej-mesej kelam berimankan agenda Zionisme dan bertuhankan si pendusta akhir zaman Al-Masih Ad-Dajjal.

Kumpulan muzik popular ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan dianggotai oleh 5 orang sahabat terdiri daripada Ahmad Dhani, Once, Andra, Tyo, dan Yuke. Album pertama mereka dikeluarkan pada tahun 1992 berjudul Dewa 19 dan seterusnya mereka mengeluarkan album-album lain yang menjadi siulan pemuda pemudi di seluruh pelusuk gugusan nusantara termasuk Malaysia. Antara album mereka yang berjaya ialah Laskar Cinta, Republik Cinta dan Kerajaan Cinta.

Tanggal 10 April 2005, kumpulan muzik ini telah menimbulkan kontroversi apabila didakwa telah memijak kaligrafi kalimah ALLAH berbentuk bintang di atas pentas persembahan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Trans TV. Kaligrafi tersebut merupakan lambang album terbaru Dewa, Laskar Cinta. Ustaz Wahfiuddin, seorang pendakwah terkenal Indonesia secara kebetulan menonton siaran langsung itu dan telah membuat aduan kepada stesen televisyen tersebut, mendakwa logo yang dipijak oleh Dewa sebenarnya adalah kaligrafi kalimah 'ALLAH' iaitu tulisan kufi (kubisme) yang dijelmakan sebagai ungkapan ALLAH.


mono.netii.net

Tokoh Budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi telah membuat aduan kepada kerajaan Indonesia pada 2005 untuk membuat siasatan ke atas kumpulan ini kerana disyaki sebagai agen penyebar propaganda Zionis Yahudi melalui muzik mereka.

Bagi yang belum mengetahui lebih lanjut mengenai vokalis utama kumpulan ini iaitu Ahmad Dhani, beliau merupakan seorang berketurunan Yahudi dari sebelah ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler. Beliau juga sering kelihatan memakai Star Of David walaupun beragama Islam. Star Of David merupakan lambang bintang yang wujud pada bendera negara haram Israel berbucu enam.

Ahmad Dhani

Kulit-kulit albumnya juga menimbulkan keraguan kerana terdapat banyak unsur-unsur Freemason/Illuminati. Album pertama mereka, Dewa 19 menunjukkan ‘Unfinished Pyramid’ sama seperti di Satu Dolar US. Ini adalah lambang yang digunakan oleh Illuminatist untuk melambangkan pelan agung mereka yang belum siap sepenuhnya.


‘Unfinished Pyramid’ pada kulit album pertama Dewa 19 (1992)


All-Seeing Eye pada kulit album Dewa 19 (Cintailah Cinta 2002)


Lambang Sayap pada kulit album Atas Nama Cinta yang turut digunakan oleh Theosophy (Pertubuhan Keagamaan Yahudi)


Bintang Lima (2000)


Emblem Theosophy

Berikut merupakan "snapshot" klip video 'Satu' dari Dewa 19. Terdapat banyak ’subliminal message’ di dalam klip video ini jika kita mengkaji dan menelitinya. Malah, muzik yang dimainkan sedikikit 'menyeramkan' dengan klip video yang penuh dengan suasana kelam dan tipu daya.

Intro video ini, tompok hitam mengalir dari atas ke bawah umpama mata Horus, tuhan matahari pada zaman Mesir purba berimejkan manusia berkepala helang.

Perhatikan ‘All-Seeing Eye’ di atas manusia. Manusia seolah-olah ‘terpenjara’ di dalam dunia Dajal. (New World Order)

‘Unfinished’ Piramid

Minda manusia seolah-olah diprogram untuk menurut kehendak mereka.

All-Seeing Eye

One World Religion! New World Order- One World Goverment- One World Religion

Pillar Of Freemason

Formation tangan yang sama dengan Baptomet (Kabbalah)

Gambar pertama, seorang manusia memegang piramid dengan mata satu. Gambar kedua, lelaki menyerupai perempuan (tanda kiamat?). Gambar ketiga, piramid dan sebelah mata di’contrast’.

Serpent Coil atau dikenali Lagash Vase (Zaman Firaun)

Adakah semua ini hanya kebetulan semata-mata? Anda mungkin silap...