helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.

Entri ini berasal daripada : http://www.drmaza.com/


Adab-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.

Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:

“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).

Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:

  1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar.
    Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):

    “Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”

    (at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).

  2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:

    “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

    (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

    Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):

    “Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”

    (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.

  3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:

    “Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Riwayat di atas juga menambah:

    Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.

    (An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).

    Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:

    “Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”

    (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).

    Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.

    Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):

    “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”

    (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).

  4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:

    Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.

    (Surah al-`Araf:31).

    Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:

    “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

    (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

    Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.

  5. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

    “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”

    (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

    Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:

    ”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”

    (Faidh al-Qadir, 2/500).

    Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:

    “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”

    (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

    Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.

  6. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:

    “Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”

    (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.

Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.



Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...



http://p111kotaraja.blogspot.com



16 Mei yang Menggamit Kenangan


2 Perkara Yang Menjadi Kenangan Teristimewa Sepanjang Bergelar Pelajar Di SMA Al-Wosto (SMAW), Berhala Gantang, Temerloh, Pahang
(2000-2004)

1. Sajak tradisi : "Dedikasi Buat Guru-Guruku" yang dilaungkan untuk guru-guru setiap kali tibanya 16 Mei.

Dari halaman mesra..melalui lorong-lorong kembara
Ke kaki tangga
Dari bangunan lama hingga ke bangunan baru
Di kelas sana

Dari kiraan Algebra hingga imbangan duga
Menyingkap pujangga Shakespeare, Al-Antarah dan Za’aba
Menggali khazanah zaman purba hingga wawasan negara
Menyelam agungnya Kalamullah dan sunnah rasulNYA

Di makmal- mengenal tabung uji, penunu Bunsen dan kerabatnya
Di bengkel- bermesra dengan pahat, gergaji dan konco-konco mereka
Di padang- laungan arahan menempa nama di MASISUPA
Di Pusat Sumber- bimbingan tekun melatih petah bicara
Di medan perhimpunan mingguan dan di dewan
Bergema alunan teguranmu sarat keikhlasan

Ku kutip nostalgia raudhah ilmuan
Di bumi permai penuh kedamaian
Dalam tikungan mesramu
Sepanjang kembara jadi bekalan

Dalam alunan mesra nasihatmu
Dalam dendangan tegas teguranmu
Dalam rentak tekun dedikasimu
Ku temui sinar menyuluh lorong berliku

Andai diizinkan
Ingin aku terus di sini
Di bawah lembayung cintamu
Sayangnya masa terus berlalu
Dan aku
Bukan lagi pemilik seragam biru dengan kain putih itu
Yang setia menadah dedikasimu
Namun kerana mulianya jasa dan baktimu
Dari Halaman Mesra
Kini aku dipuncak menara

-Majalah AL-Ikhlas Al-Wosto edisi jubli Perak (2003)


2. Lagu tradisi SMAW bertajuk "Lilin Seorang Guru" ini merupakan gubahan asal guru sekolah SMAW, Cikgu Khairul Salleh b Abd. Rahman dan dinyanyikan semula oleh kumpulan nasyid In-Team. (Suhaimi Saad Ex-InTeam merupakan bekas pelajar SMAW).


Sumber : Youtube.com


Terima Kasih Guru-Guruku
Ayahanda dan Ibunda tersayang sebagai guru pertama selepas kelahiranku
Guru-guru di Tabika KEMAS Kemayan
Guru-guru di SK Triang 3, Triang
Guru-guru di SMA Al-Wosto, Temerloh
Guru-guru di Matrikulasi IIUM dan IIUM
Tidak dilupakan semua yang bergelar guru, walaupun mengajar sepatah huruf cuma
Selamat Hari Guru
Dedikasi buat kalian
Semoga Allah merahmati kalian dunia dan akhirat
Hanya Dia yang layak membalas jasa kalian dengan seribu rahmat dan kasih sayang



Selamat Ulangtahun...




"Selamat Ulangtahun ke-23 Helmi Exwostorian !!"
2 Mei 2010

Ungkapan selamat dari jurulatih, Sarjan Nazri menggembirakan hati..
Kalungan untaian tahniah dari rakan-rakan di laman Facebook padat mengisi "wall" malam ini..
Mengingatkan aku bahawa aku bukan lagi kanak-kanak gemuk yang periang itu lagi..
Amanah yang maha besar tersimpul di pundak mengiringi...
Mampukah aku lukiskan senyuman utuh di bibir lesi?

Aku terdengar bisikan kecil di satu sudut hati nurani...
Mahligai putih itu bagai memanggil-manggil namaku, menyeru aku pergi..
Tilam tanah persinggahan abadi pula riang bernyanyi...
"Mari..mari..."

Ah...umurku bertambah setahun lagi...
Apakah ilmu dan amalku bertambah seiring dua belas purnama yang berlalu ini?
Apakah aku telah memanfaatkan, atau malang sekali mensia-siakan "emas" anugerah Tuhan dengan amalan yang tidak mungkin Dia redhai?
Ya Allah...berdosanya hamba yang kerdil ini...
Ya Allah...hinanya pacar yang lemah ini..
Ya Allah...ruginya susuk yang leka ini...
Pimpinlah daku ke gerbang taqwa hakiki...
Tuntunlah daku ke tangga cinta Ilahi...
Pagarkan daku dari mara ketakutan jihad fi sabilihi...
Matikan daku dari godaan iblis laknat sang peniup mimpi..
Selimutkan daku dengan gebar penangkis nafsu duniawi...
Moga kukuh Islam di dada, iman di hati...
Moga sejahtera duniawi, selamat jua ukhrawi...



Malang Memang Takde Bau


Percayalah...

Bilik mandi kini bukan tempat yang selamat lagi...

Hatta untuk mandi sekalipun...

Atau untuk mandi sambil menyanyi lagu rock kapak atau lagu Siti Nurhaliza, apatah lagi lagu nasyid Hijjaz atau Raihan...

Siyes?

Yup !!

Para tempat letak sabun pun bisa membunuh !! (melebih-lebih la plak...)

Sesaja nak tunjuk gambar 18SG si malang nih...

Biaq hangpa tak lalu nak makan nasik...

Kahkahkah...



Jenis luka : Luka terhiris dan luka terbuka tanpa sebarang renjatan...(???)
Jenis pendarahan : Pendarahan luaran.

Huhu...info bermanfaat hasil daripada Kursus Pertolongan Cemas, Universiti Malaysia Perlis 2009...

Ha...ambik kau !!
Horror giler kot...
5000x zoom nih...mau terkeluaq bijik mata nengok !!
Gambar kat klinik nih, selepas luka dibersihkan...


Luka dibersihkan dan ditutup dengan bebat jenis "gauze" dan seterusnya dibalut menggunakan roller bandage oleh akak nurse yang baik hati dan peramah...

Lupa plak nak bagitau...
Aku la insan yang malang tuh !!!
Kahkahkah...

Luka aku nih telah menimbulkan sedikit kekecohan dengan jayanya apabila doktor yang "check" aku tu tak nak jahit luka nih...tapi nurse yang merawat tu plak rasa luka nih perlu dijahit sebab kecederaan berlaku di siku, yang semestinya banyak pergerakan tangan akan berlaku menyebabkan luka tak bercantum dengan baik...Siap panggil 2-3 orang doktor lain untuk dapatkan nasihat pakar...huhu...aku plak yang "nervous" kat dalam bilik rawatan tuh...
Ape-ape je lah...aku bukan tau ape-ape pon pasal benda-benda kedoktoran cam nih...


Benda ni la yang buat pedajal kat aku...fuuu...Ingat sampai mati...

Salam Maulid Ar-Rasul 2010 / 1431-1432 H

www.iluvislam.com

Rabiu'l Awwal Bulan Keputeraan Muhammad SAW...

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم
صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم
اللهم صل على سيدنا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين إلى يوم الدين

Entri di bawah ini berasal daripada : http://www.al-azim.com

Pengertian

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah. Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan. Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah. Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq. Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis. Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol. Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Masjid Haiga Sophia di Sepanyol yang telah ditukar menjadi muzium.

# Helmiexwostorian says :

Ya Rasul..Ya Nabi...
Saat ini...
Detik ini...
Hari ini...
Tunduk daku memandang bumi
Manik-manik suci hangat menyapa pipi
Ku pujuk qalbi ku bawa diri
Madah pujia
n, zikir penyeri
Berdetak fu'adi seraya menginsafi
Selawat dan salam di bibir meniti

Ya Rasul..Ya Nabi...
Pekerti mu tulus ku sanjung tinggi
Jihad mu
dipundak megah ku junjungi
Nama mu ku ukir Sunnah mu dituruti
Bukanlah
sepanduk kaku itu cerminan hati
Bukanlah perarakan itu pantulan identiti
Amar makruf mu kukuh tak terpesong tak tercalari
Mutiara agung mu ku semat di hati



Suatu Pagi Musim Luruh Di Pulau Jeju,Korea



www.helmiexwostorian.blogspot.com

Indahnya suasana memukau sanubari
Dan sedikit masa lagi berakhirlah musim luruh yang hambar ini
Daun-daun kuning keperangan gugur berserakan menyembah bumi
Air yang mengalir lesu menyapa kalbu memujuk hati
Disulami tiupan angin barat lembut membelai pipi
Bagai menyambut musim dingin di bumi UIA tercinta ini


Oppsss...


Kantoi !!


Berangan la nak pi Korea...


Padahal musim luruh pokok getah...

www.helmiexwostorian.blogspot.com

Kat tasik Maryam UIA...


Zoo Negara nun tak sampai sejengkal jari kaki itik pon tak lepas lagi...pity me..


Takpe la...


Sekadar merawat kerinduan, mengubat keinginan...


Snap gambar hot kat Korea kunun -kununnya...


Tapi...


Gambar ni pon okeis la jugak...

www.helmiexwostorian.blogspot.com

Kah..Kah..Kah...




Istimewa Buat Anda Yang Lahir Pada Tahun 80an

Mengundang nostalgia zaman kanak-kanak...

Kisah Gagak Yang Bijak


Kisah Sang Kancil Dan Buaya


Kisah Sang Kancil Dan Monyet


Maaf...Kisah Sang Kancil Dan Lembu "Full Version" gagal ditemui...
"Half Version" tidak dapat di muat naik atas masalah teknikal...

Minggu Baharu Selepas Cuti CNY

Aku mulakan entri terbaharu hari ni secara santai...first time setelah hampir 9 entri aku lampirkan kat dalam bloggie neh..
Huh..malas daa nak menulis kat bloggie yg terchenta ni dgn menggunakan ayat skema2...hihi....Ye ah...gaya santai lebih memikat, org kata lebih uumph...mcm kita menulis SMSes..ayat yang ringkas dan lebih bersahaja memudahkan penyampaian mesej kita pada pakwe2 or awek2 kan..Hoho...udah2 le tu...Back to the issue...

Setelah dua hari bercuti, hari ni bermulalah minggu terbaharu lepas abes cuti Chinese New Year 2010...tahun harimau la...kasi 'ong' manyak loo...
Bagi org Cina, tahun harimau melambangkan keberanian, kejujuran, ketangkasan, sedia bersaing dan siap siaga mempertahankan maruah...huhu...ala-ala harimau gittew...

Aku sejujurnya tak penah ada member2 yang berbangsa Cina ataupun India, menetap kat kawasan yang berpenduduk majoritinya org Melayu, bersekolah pon kat kawasan kampung berpenduduk Melayu kat temerloh nun...tapi org kata semangat muhibbah kena ada dalam diri walaupun berbeza warna kulit dan bangsa...ye ah...dah nama pun rakyat Malaysia, so sume berhak dapat hak sebagai warganegara yang sah...Selama ni pun, warna-warni masyarakat berbilang kaum kat negara kita mewarnai susur galur kehidupan dan pambangunan negara kita...Racism it totally wrong !! No racism okey !! Luka akibat peristiwa 13 Mei 1969 tidak seharusnya berdarah kembali di tanah air kita setelah lebih 50 tahun merdeka..Biarlah kita hormat menghormati antara satu sama lain, dan amat penting juga isu kalimah Allah yang dilaungkan sejak kebelakangan ini diamati secara mendalam melalui forum2 serta perbincanagn ilmiah supaya ia dapat dijelaskan sejelas-jelasnya..Mudah-mudahan raykat Malaysia bertenang dan tidak membiarkan emosi mengawal akal dan budi...


http://diarykl.com

By the way, pagi ni ada perhimpunan mingguan hari Rabu, nampak gayanye takde la plak isu2 terkini yang nak disampaikan oleh cik Nazri kitorang neh...But terkejut la gak katanya ada org main2 alarm kebakaran kat mahalah Sudin neh...harap2 bukan bebudak suksis la yerk...huhu...ade2 jek perangai manusia neh...benda mcm tu pon hang ketagih nak wat kerja...hihi..cuba hang mai masak nasik bagi kat aku ka...ada jugak pekdahnya...da la tgh kebuloq neh...

Jangan lupa...final exam makin dekat...study jangan lupe...jangan memalas...kang tak pasai2 kena ngulang madah, and the most important thing..jangan la sem ni pointer jatuh...adios !!! Help me God !!!


www.wolfescape.com