helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Showing posts with label LOL. Show all posts
Showing posts with label LOL. Show all posts

Aurat Wanita Sekadar Rambut Semata-Mata LOL


Apabila orang-orang jahil menutup aurat...



empayar-poyos.com


http://ohtidak.com/


bududanbelacan.blogspot.com



Sebelum VS Selepas LOL


Entri ini berasal daripada : http://tukartiub.blogspot.com/


INI KEDAI JUDI HARAM




SESUDAH MENDAPAT LOGO HALAL



Mozilla Firefox Malu LOL


Kali pertama jumpa 'page' seperti ini..hahaha..

Kopi Paling Mahal Di Dunia...LOL


Sumber foto : http://supersyok.blogspot.com

Kopi Luwak adalah kopi yang paling mahal di dunia, berharga dalam lingkungan
RM2,298 (AS$600) hanya bagi 500 gram. !! Malah, sebuah majalah kewangan antarabangsa, Forbes, menyatakan kopi ini dijual sehingga RM4,940 (AS$1,300) sekilogram yang layak menjadikannya kopi termahal di dunia. Para penggemar kopi Luwak menyifatkan kopi ini mempunyai rasa kelat seperti campuran tanah dengan koko. Faktor kerumitan dalam menghasilkannya turut menyebabkan harganya melambung tinggi.

Namun, apakah yang membuatkan kopi ini begitu istimewa?



Kopi Luwak keluaran Thailand jenama 'Doi Chaang'.





Kopi Luwak keluaran Filipina jenama 'Alamid'.



Kopi Luwak keluaran Indonesia jenama 'Maharaja'.

_______________________________________________________________

Kopi Luwak sebenarnya dihasilkan secara semula jadi oleh sejenis haiwan !!



Musang atau Civet, iaitu sejenis haiwan mamalia yang membiak di kawasan Asia, Afrika dan Eropah. Haiwan yang memiliki tubuh seperti kucing ini kebiasaannya mempunyai bintik-bintik pada badannya seberat 1.4 - 4.5 kilogram. Manakala, ukurun panjang tubuhnya sekitar 43 - 71 sentimeter termasuk ekornya. Musang mampu menghasilkan kasturi, lebih tepat lagi ekstrak kelenjar anal musang dijadikan sebagai bahan tambahan bagi menghasilkan minyak wangi berkualiti tinggi.

Musang hidup dengan memakan buah-buahan, serangga dan haiwan kecil lain. Ia juga menjadikan bijian kopi sebagai makanan utama. Musang yang diternak diberikan makanan berupa bijian kopi terpilih bagi menghasilkan kopi yang bermutu tinggi. Musang tidak mampu menghadamkan biji kopi, maka ia dikeluarkan dari tubuh melalui saluran najis, namun ia dianggap sebagai "bahan kumuh" yang bernilai tinggi. Semasa proses penghadaman, enzim yang wujud di dalam organ penghadamannya bercampur dengan biji kopi tersebut dan menghasilkan biji kopi yang mahal serta beraroma. Seterusnya, "najis" ini dikutip, dibersihkan, dan seterusnya dipanggang, dan hanya biji kopi terbaik dipilih untuk dikisar sebagai kopi. Kopi Luwak turut dikenali ramai di Indonesia.













Najis? Kopi?



Biji kopi + Enzim penghadaman musang = najis musang aka Kopi Luwak.







Amacam? Sanggup? Hahaha....Bagi 'free' pun tak nak !!



Panas !! DiTampar Dan Diterajang Hanya Kerana Ingin Berjubah Dan Bertudung

Seperti yang diceritakan kembali oleh Ida kepada wartawan Siti Fairuz Ramli :

"Saya merupakan anak tunggal kepada seorang tokoh koperat yang sangat berjaya dan ayah memiliki dua buah syarikat perusahaan yang amat terkenal serata Asia Tenggara. Ayah jarang pulang ke rumah, seminggu sekali pasti out-station ke luar negara. Tinggallah saya keseorangan di rumah, ditemani bibik yang diambil bekerja sejak saya berumur 10 tahun lagi. Bagi saya , bibik tempat bergantung dan berharap kasih sayang, memandangkan ibu sudah meninggal dunia ketika usia saya menginjak 12 tahun.
Saya sering melihat bibik solat dan mengaji Al-Quran, serta tidak pernah menunjukkan auratnya di rumah kami. Jilbab yang setiap hari dipakai sudah lusuh bukti ia tetap setia melindungi mahkota wanita itu dari dilihat oleh yang bukan muhrimnya. Maka saya tergerak hati ingin cuba berjilbab dan berjubah sekaligus, memandangkan saya seorang beragama Islam dan sering mendengar nasihat bibik bahawa orang Islam itu perlu menjaga batas-batas pergaulan dan melindungi auratnya dari pandangan orang yang tidak hak baginya.
Suatu petang ketika ayah baru pulang dari London, saya merapati ayah yang sedang berehat di atas sofa seraya menyatakan keinginan untuk bertudung dan berjubah. Sebaik mendengar permintaan tersebut, ayah bingkas bangun dan menampar pipi kiri saya hingga terjelepuk ke dinding marmar. Tidak cukup dengan itu, ayah menarik tangan saya dan terus menerajang di perut saya tanpa belas kasihan. Saya menangis kesakitan...saya tidak menyangka ayah sanggup memperlakukan saya sebegitu rupa.
"Kau jangan nak bagi malu ayah ! Apa kes tiba-tiba nak pakai tudung nih? Ayah besarkan kau , bagi makan pakai secukupnya... Tup tup bila dah besar nak pakai tudung plak...memang kena lah makan penampar ayah !!"
Saya tanya ayah, "Kenapa ayah...salah ke Ida bertudung? Ida nak jadi anak yang solehah.."
Ayah merapati saya dan memulas telinga kanan saya sehingga saya menjerit kesakitan.


"Solehah? Kepala hotak kau !! Ayah besarkan kau sebagai seorang jantan kau tau tak ? Ayah bagi kau nama yang sedap...Mohamad Firdaus...Last last ko tukar nama jadi Ida...hambik kau lagi sekali !!....."


Dusyum !! Dushum !! Prang !!


**********

Dusyum !! Dushum !!


Wartawan Siti Fairuz Ramli turut menempeleng Ida 2 kali.


Sekian...


*** Kisah dan watak-watak diatas adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara orang yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Apa yang baik dari kisah ini jadikan pengajaran.


Rumah Banyak Lalat? Jangan Risau...LOL


Asah kreativiti korang dengan seni yang hebat...Layan !!


http://acidcow.com/


Nasik Beriyani Bewok...Sluuuurrrppp !! LOL


Entri ini berasal daripada : http://supersyok.blogspot.com

Kenalkah korang akan haiwan di bawah ni?



Biawak batu? Korang pasti?

Cuba tengok yg ni plak?



Biawak kuning? Biar betol.. mentang2 kaler dia kuning, korang sebat biawak kuning.

Hmm.. cuba try test tengok gambar kat bawah ni dan teka..



Biawak bakul??? Dah la tu, pening kepala wei..

Ni namanya DHAB ( sebutannya 'dhob' ). Org Melayu panggil biawak padang pasir.



Dhab ialah sejenis haiwan yg menyerupai biawak yg hidup di padang pasir. Dhab binatang berdarah sejuk, reptilia yg bertelur. Berbeza dengan biawak Malaysia, dhab adalah binatang herbivor yg hanya makan tumbuh2an atau dipanggil vegetarian.

Usia dhab boleh menjangkau 700 tahun. Ia dikatakan hanya akan kencing 4 tahun sekali dan bertukar jantina pada setiap 2 tahun. Ia mampu bertahan dengan persekitaran habitatnya yg panas dan kering tanpa meminum air.



Masyarakat Arab dah lama tahu khasiat atau kelebihan dengan memakan atau menggunakan apa2 yang diperbuat daripada dhab. Sebab tu binatang ni cuma popular di kalangan org Arab.

Biasanya dhab ni diproses dijadikan minyak. Ada organnya yg dijadikan kapsul.

Ianya dikatakan dapat meningkatkan kecergasan badan luaran dan dalaman, dijadikan ubat perangsang tenaga batin tradisional, mengubati penyakit lenguh2 sendi, memulihkan penyakit lumpuh, menyembuhkan sakit pinggang, jantung dan sesuai dalam bidang urutan.

Memandangkan dhab ni berkhasiat, maka dagingnya dijadikan lauk dalam masakan ruji org Arab.. apalagi kalau bukan nasi beriani!

Di Malaysia, terkenal dengan beriani lembu, kambing atau ayam. Di negara Arab, beriani dhab amat popular dan digemari kerana keenakan dan khasiatnya.

Haha, mesti korang tengah bayangkan sepinggan nasi beriani yg ada sekor biawak di dalamnya. Kah kah kah.....



Sup dhab?


Beriani Dhab yg begitu menyelerakan masyarakat Arab. Tengok ekor dhab yg panjang selebar periuk. Ratah sedap tuh.. Hehe...


Kali ni kami nak ajak korang ke sebuah negara Arab. Kita tengok secara live macam mana org Arab menyediakan masakan istimewa ni dari slot penculikan binatang dhab ni hingga ke sesi penyuapan ke dalam mulut.

Let's join the journey! Hehe....




Acara mengesan dan mengejar dhab.


Kah kah kah.. besar punye!! ( baca ikut intonasi iklan Maggi ).


Ada yg berjaya menyusup masuk ke celah batu.


Yg ni berjaya gak ke? Dah masuk belum tentu selamat beb, hehe....


Hehe, cerdik plak org Arab ni. Dia sumbat selipar dulu dalam lubang rumah dhab ni, baru dikejarnya merata.


Hasil tangkapan.


Dhab disembelih. Nyawa dhab dikatakan sangat liat. Biasanya selepas disembelih, ia terpaksa dibiarkan seharian untuk mati. Mungkin sebab tu khasiatnya tinggi, macam haruan la..


Keempat2 kaki dipotong.




Proses menyiang dan menyiat.


Daging mentah dhab yg telah siap disiang.


Ekor dhab tak dibuang. Cuma dikerat tanpa disiang untuk dimasak.


Daging + ekor.


Boroi bukan sebarang boroi. Ini boroi ada khazanah tersembunyi.


Tu dia.. generasi dan zuriat dhab yg berakhir dalam periuk nasi. 2 kantung dalam perut dhab ni pun dipercayai amat berkhasiat menyembuhkan banyak penyakit. Organ ni pernah dijadikan kapsul.





Proses penyediaan bahan mentah untuk menghasilkan beriani dhab.


Tu dia.. hidangan istimewa telah disiapkan. Jangan segan jangan takut. Takut, lapar! Hehehe....



Nyam nyam.. sedap bro. Tak caye leh try la masa gi sana nanti.


Dhab halal untuk dimakan kerana ianya terbukti melalui hadith Rasullullah SAW. Para sahabat telah memakan dhab, Rasulullah SAW melihatnya tapi baginda tak menghalang atau menegah para sahabat untuk memakannya. Rujukan sumber hukum : Dr Ishak Suliaman dan Ust Farid Rashidi.

# Helmiexwostorian says :

Hadith
Rasulullah SAW yang dirujuk mengenai "dhab" ini ialah sunnah taqririyah, yakni baginda tidak menyuruh namun tidak pula menegah para sahabat radiallahu 'anhum untuk memakannya. Lagipun, dhab yang hanya didapati di tanah Arab hanya memakan tumbuh-tumbuhan, bukannya katak kodok yang meloncat-loncat keriangan atau anak-anak ayam yang dicekup dari reban belakang rumah orang. Maknanya, binatang ini halal dimakan dan tidak perlu diragui kehalalannya pula.
Tapi, jangan pulak korang tangkap biawak Malaysia yang besar macam tong dram tuh...lebih-lebih lagi biawak UIA yang sudah pasti tidak boleh digoreng berlada atau dijadikan sebagai lauk nasi beriyani...fuuu...