helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Hikmah Pengharaman Daging Haiwan Liar Menurut Perspektif Islam & Kajian Saintifik

Entri ini dipetik daripada "Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains" karya Dr. Danial Zainal Abidin, PTS Millennia Sdn Bhd, 2010





Islam mengharamkan umatnya memakan daging binatang liar (bushmeat). Berhubung dengan ini, Bukhari melaporkan Nabi berkata yang bermaksud, "Rasulullah melarang (umat Islam) memakan semua binatang buas yang bertaring dan burung yang memiliki kuku yang mencengkam."

Yang dimaksudkan dengan binatang buas yang bertaring adalah binatang-binatang yang menangkap binatang lain dan memakan bangkainya seperti singa, serigala, buaya, dan seumpamanya. yang dimaksudkan dengan burung yang memiliki kuku yang mencengkam adalah jenis-jenis burung yang mampu melukai haiwan lain dan dan memakan bangkai-bangkainya seperti burung helang dan rajawali.

Baru-baru ini satu kajian mendapati sejenis virus berbahaya daripada binatang liar jenis primat
(primates) seperti monyet, gorila, orang utan, cimpanzi dan seumpamanya, menyerang penduduk-penduduk di Afrika. Hal ini disebabkan mereka ghairah memburu dan memakan daging binatang-binatang liar ini justeru memudahkan pembiakan dan penyebaran kuman ini. Hal ini dilaporkan dalam Science News (Volume 165, Number 14) bertarikh 3 April 2004, di www.sciencenews.org di bawah tajuk A Virus Crosses Over to Wild-Animal Hunters.

Pada tahun 2002, jurnal perubatan terkenal, iaitu
Journal of the American Medical Association (JAMA), memberi amaran monyet-monyet yang hidup di kawasan Cameroon mengandungi virus yang menyerupai virus penyakit AIDS. Virus ini dapat menjangkiti manusia yang memakan monyet-monyet ini.

Amaran seumpama ini juga dikeluarkan oleh pakar-pakar pemuliharaan alam dari
Society for Conservation Biology di Amerika. Pakar-pakar ini mendapati ramai orang di Cameroon menghidap sejenis penyakit yang manifestasinya adalah sama seperti AIDS. Namun, pemeriksaan makmal menunjukkan pesakit-pesakit ini tidak membawa kuman virus HIV yang biasa. Besar kemungkinan kuman virus HIV yang menyerang mereka pada asalnya menyerang binatang-binatang liar daripada jenis monyet (primates). Virus ini kemudiannya berubah kepada bentuk yang lain melalui proses mutasi (mutation) dan menjangkiti manusia yang memakan dagingnya. Keadaan ini membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan ledakan wabak AIDS jenis baru di seluruh dunia. Hal ini dilaporkan di dalam artikel bertajuk Bush-Meat Trade Breeds New HIV di NewScientist.com bertarikh 9 Ogos 2004.

Amalan memakan daging binatang liar berbahaya kerana kajian-kajian terkini menunjukkan besar kemungkinan wabak AIDS yang menyerang dunia hari ini berpunca daripada amalan ini. Inilah yang dinyatakan oleh pakar-pakar daripada Universiti Nottingham di UK, Universiti Alabama di Birmingham, Universiti Duke di Durham, Universiti Tulane di New Orleans dan Universiti Montpelier di Perancis. Mereka melaporkan kuman virus HIV pada asalnya menjangkiti haiwan liar daripada jenis monyet. Virus ini kemudiannya menjangkiti cimpanzi selepas ia memakan daging monyet ini. Manusia yang ghairah memburu dan memakan daging menerima padahnya apabila akhirnya mereka pula dijangkiti virus ini selepas memakan daging cimpanzi. Penemuan ini dilaporkan di dalam majalah
Science dan rumusan berkenaannya dimuatkan di dalam New York Times bertarikh 12 Jun 2003, di bawah tajuk Origin of AIDS Traced Back Another Step.

Sebenarnya, haiwan-haiwan liar mengandungi pelbagai jenis kuman yang berbahaya. Pemakanan daging-dagingnya oleh manusia menyebabkan kuman-kuman itu membiak dan akhirnya menyerang manusia dengan pelbagai jenis penyakit baru. Hal ini dinyatakan oleh
Bushmeat Crisis Task Force (BCTF) yang berpusat di Washington D.C., Amerika. Bagi mereka bahaya ini bukan lagi suatu andaian sebaliknya menjadi suatu kenyataan yang menggerunkan. Justeru pengharaman daging haiwan liar oleh Islam memang saintifik dan relevan dengan kesejahteraan manusia sejagat pada hari ini.


Helmi Exwostorian says :

Maha suci Allah Subhanahu Wa Taala yang menciptakan pelbagai haiwan dan tumbuhan yang tidak terhitung jumlahnya, maka sebahagiannya itu halal untuk dimakan manakala sebahagian yang lain pula ditegah untuk dimakan demi kesejahteraan dan kesihatan akal dan jasmani umat manusia sendiri. Rezeki yang diturunkan oleh Allah Taala seharusnya diterima dengan penuh kesyukuran dan dimanafaatkan sebaik-baiknya. Makanan yang bersih dan halal sudah pasti menjadi darah daging kita , maka dengan darah daging yang membentuk sekujur jasad inilah kita menjalankan segala amal ibadah serta mengaminkan doa kehadrat Ilahi setiap hari. Namun demikian, nafsu manusia seringkali menuntut sesuatu yang lebih baik, lebih banyak malahan lebih janggal dari itu. Dikhabarkan, gambar-gambar yang disertakan di bawah merupakan sebahagian daripada latihan asas ikhtiar hidup di dalam hutan sebuah pasukan keselamatan negara kita. Wallahu a'lam..
Namun, sekiranya benar, satu usaha perlu dijalankan bagi membendung amalan ini dilakukan serta diamalkan dalam pasukan keselamatan kita apatah lagi sebahagian besar yang mewakili mereka ini merupakan umat Islam sendiri.















pulakdah.blogspot.com





Daging Kambing & Kesihatan


Entri ini berasal daripada : http://pondoktampin.blogspot.com

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

[Image]

http://johannescloete.blogspot.com

Pengurai Kolestrol Tepu

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
7.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.

8.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan koles
trol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.


www.ehoza.com

Helmi Exwostorian says :

Mitos bahawa daging kambing kurang baik untuk kesihatan manusia kononnya mengandungi kolesterol yang tinggi sering disebut-sebut oleh masyarakat kita, sehinggakan kita sering merasa ragu-ragu untuk memakannya. Sedangkan, junjungan besar para Muslimin, Rasulullah SAW juga memakan daging kambing disamping makanan-makanan utama baginda yang diceritakan di dalam hadith-hadith yang diriwayatkan. Mitos mengenai daging kambing ini seolah-olah ingin merendah-rendahkan cara pemakanan baginda, sedangkan diet pemakanan baginda adalah diet pemakanan sunnah yang terbaik dan sewajarnya diikuti oleh umat Islam keseluruhannya.
Namun, apa-apa jua makanan sekalipun tidak seharusnya diambil secara berlebihan. Kebanyakan penyakit berbahaya muncul daripada perut, maka makanlah secara sederhana dan nikmati rezeki daripadaNya dengin iringan kesyukuran dan rendah diri kepada Allah Taala.