helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Komik Islamik : Berat Sebelah


http://nayzak.deviantart.com


















Senarai Universiti-Universiti Terbaik Di Dunia 2010/2011


Sumber : http://www.topuniversities.com/


Senarai Universiti-Universiti Terbaik Di Dunia 2010


Tempat Pertama : University of CAMBRIDGE, UK
Kedudukan 2009 : no. 2


Tempat Kedua : HARVARD University, USA
Kedudukan 2009 : no. 1


Tempat Ketiga : YALE University, USA
Kedudukan 2009 : no. 3


Tempat Keempat : University College London, UK
Kedudukan 2009 : no. 4


Tempat Kelima :
Massachusetts Institute of Technology, USA
Kedudukan 2009 : no. 9



Tempat Keenam : University of OXFORD, UK
Kedudukan 2009 : no. 5


Tempat Ketujuh :
IMPERIAL College London, UK
Kedudukan 2009 : no. 5


Tempat Kelapan :
University of CHICAGO, USA
Kedudukan 2009 : no. 7


Tempat Kesembilan : California Institute of Technology, USA
Kedudukan 2009 : no. 10


Tempat Kesepuluh :PRINCETON University, USA
Kedudukan 2009 : no. 8
____________________________________________________________________

Senarai Universiti-Universiti Terbaik Di Asia 2010

Biomedical Engineering Center, the University of Hong Kong
Tempat Pertama : University of Hong Kong, Hong Kong
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 1
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 24


Bioengineering Graduate Program, the Hong Kong University of Science and Technology

Tempat Kedua : The Hong Kong University of Science and Technology, Hong Kong
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 4
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 35


Tempat Ketiga : National University of Singapore, Singapore
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 10
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 30


Tempat Keempat : The Chinese University of Hong Kong, Hong Kong
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 2
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 46


Tempat Kelima : The University of Tokyo, Japan
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 3
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 22
____________________________________________________________________

Senarai Universiti-Universiti Terbaik Di Malaysia 2010


Tempat Pertama : Universiti Malaya
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 180
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 39
Ranking Asia 2010 : Kedudukan no. 42


Tempat Kedua : Universiti Kebangsaan Malaysia
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 291
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 51
Ranking Asia 2010 : Kedudukan no. 58


Tempat Ketiga : Universiti Sains Malaysia
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 314
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 69
Ranking Asia 2010 : Kedudukan no. 69


Tempat Keempat : Universiti Putra Malaysia
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 345
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 90
Ranking Asia 2010 : Kedudukan no. 77


Tempat Kelima : Universiti Teknologi Malaysia
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 320
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 82
Ranking Asia 2010 : Kedudukan no. 82


Tempat Keenam : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Ranking Dunia 2009 : Tiada
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 201
Ranking Asia 2010 : Kedudukan no. 151


Benarkah Amerika Syarikat Campurtangan Penubuhan Malaysia?



Buku dibawah bertajuk "Malaysia, A Study in Direct and Indirect Rule" ditulis oleh Rupert Emerson pada tahun 1937, terbitan Macmillan. Beliau merupakan profesor sains politik dan hubungan antarabangsa di Universiti Harvard dan berkhidmat di sana selama 43 tahun. Untuk rekod, beliau pernah memegang pelbagai jawatan di dalam kerajaan Amerika Syarikat . (Sumber : Wikipedia)

Persoalannya, bagaimanakah Rupert Emerson mengetahui tentang perkataan "Malaysia" 26 tahun sebelum penubuhannya secara rasmi? Sedangkan, Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963.

Adakah terdapat kemungkinan akan wujudnya campur tangan kerajaan Amerika Syarikat dalam pembentukan Malaysia sebelum kemerdekaan lagi dan perancangan mengenainya telah dijalankan secara senyap dan rapi?


http://tunhisyamuddin.blogspot.com

Kedua, mengapakah bendera Malaysia (Jalur Gemilang) benar-benar menyerupai bendera Amerika Syarikat (Stars and Stripes/ Old Glory), hanya diubah dengan penambahan bulan sabit dan bintang berbucu 14 berwarna kuning?

Mengapakah bendera Malaysia tidak menyerlahkan motif Sang Saka yang diwarisi sejak sekian lama daripada kerajaan nusantara iaitu merah dan putih sepertimana Indonesia (Sang Saka Merah Putih) dan Singapura?



Berbanggakah kita rakyat Malaysia apabila setiap kali tibanya 31Ogos dan 16 September setiap tahun, kita mengibarkan bendera seakan-akan milik Amerika Syarikat itu? Semakin bertambahkan perasaan kasih anak watan pada negara dan bangsa dengan melihat karakter bendera kita yang menyerupai bendera negara lain?

Dibawah merupakan cadangan bendera baru Malaysia yang diilhamkan oleh saudara Najwan Halimi dan Hasbullah Pit.

"Sang Saka Malaya"/ "Sang Saka Merdeka" menggantikan "Jalur Gemilang".
(Merah bermaksud darah rakyat, Putih bermaksud putih suci hati rakyat)


Hakikatnya, bendera Malaya dengan motif merah putih berbintang 12 telah dicadangkan pada 1947 oleh PUTERA-AMCJA.

Paling penting, haruslah diingatkan bahawa cadangan bendera Malaysia baru bagi menggantikan Jalur Gemilang ini BUKANlah bermaksud untuk mencuri atau menciplak bendera negara serumpun Indonesia. Motif merah putih melambangkan seluruh rakyat nusantara yang berkongsi persefahaman, akidah dan kebudayaan yang sama sejak sekian lama. Seharusnya Sang Saka ini menyatupadukan warga nusantara dengan kesatuan yang jitu. Sedangkan Singapura juga menggunakan motif tersebut, mestikah Singapura juga digelar pencuri bendera Indonesia?

Maka, sekiranya cadangan ini berjaya direalisasikan, Sang Saka ini juga lah yang bakal menanamkan semangat kecintaan kepada agama, bangsa, dan negara di dalam hati sanubari setiap warga Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.


Tanda-Tanda Kiamat, Orang Arab Berlumba-Lumba Membina Bangunan Tinggi



Nakheel Tower yg akan dibina di Dubai bakal mengalahkan kedudukan Burj Dubai (827m) sebagai menara tertinggi di dunia. Menara yang akan dibina setinggi 1.4 kilometer (1400m) serta mempunyai 200 tingkat ini direka oleh arkitek Australia Woods Bagot dan akan memulakan pembinaannya pada tahun 2020. Ia akan dibina oleh Nakheel, syarikat pemaju sama yang bertanggungjawab membina pulau-pulau buatan manusia berbentuk seperti pohon palma di Dubai, Palm Jumeirah. Sebagai bonus, sebuah pelabuhan dalam bandar pertama di dunia akan ditempatkan di sini.

Rasululullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda :

"Tidak akan terjadi kiamat hingga …. manusia bermegah-megahan terhadap bangunan" (HR. Bukhari)

Berkata Al Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah : "Makna bermegah-megahan terhadap bangunan adalah bahwasanya setiap orang yang ingin mendirikan bangunan, berkeinginan untuk menjadikan bangunannya lebih tinggi dari yang lain"

Alangkah baik sekiranya negara -negara Islam yang kaya raya membantu umat Islam yang mundur dan miskin di negara-negara lain. Mereka bermegah-megah dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang mewah dan indah, namun mereka melupakan hak keatas saudara seagama yang kurang bernasib baik berbanding mereka. Sedangkan mereka lupa, bangunan-bangunan tersebut pasti musnah dalam sekelip mata apabila hari yang dijanjikan Allah akan tiba.


Subhanallah !! Saintis Buktikan Nabi Musa A.S Membelah Lautan



LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.


Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.


Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.


Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.


Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.


Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.


Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.


Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.


Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi


Tonton "The Arrivals" - Malay Subbed


Projek dokumentari terkenal
"The Arrivals" versi Bahasa Melayu yang diilhamkan oleh Hashem's Films dengan kerjasama Noreagaa dan Achernahr kini boleh ditonton di Youtube.com. Dokumentari ilmiah dengan 51 siri ini memperolehi rating yang amat tinggi sejak 2008 dan ditonton di seluruh dunia. Malah, ia turut disokong oleh ayat-ayat daripada Al-Quran Al-Karim, kitab Injil dan Taurat bagi memperkukuhkan hujahnya.

Video-video pencetus inspirasi berkenaan boleh ditonton di sini :

Fr33DoMFighT3Rz

Siri yang mendedahkan ketibaan Al-Masih Ad-Dajjal, Imam Al-Mahdi, dan Nabi Isa a.s ini turut mendedahkan konspirasi Dajjal serta segala yang berkaitan Illuminati dan Freemasonry.


** Terima kasih kepada saudara FreedomFighter
yang telah menterjemahkan video-video berkenaan ke dalam Bahasa Melayu. Semoga Allah Taala merahmati usaha murni beliau dalam mengembangkan isi dokumentari ini.
helmi exwostorian banner