helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Update : Adolf Hitler Tubuhkan Divisyen Tentera Islam


Entri ini berasal daripada : http://www.syok.org


'Saya boleh bunuh semua yahudi ketika saya berkuasa. Saya tinggal sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa yahudi dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka' -Adolf Hitler
___________________________________________________________________


Satu pendedahan yang agak menggemparkan muncul baru-baru ini apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik disebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar!

Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya Adolf Hitler. Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan sahaja negatif malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana tragedi Holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara perintah Hitler.


Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam didalam kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera Nazi Jerman.


Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang Komander Divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga Divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60 000 orang. Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar.


Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croatia beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21 000 orang. Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Russia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara Russia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di Balkan.


Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud parang. Parang Hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol bagi Divisyen ke-13 Waffen SS. Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan

dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.

Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar. Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.


Sepanjang tempoh Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.


Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Russia. Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal disekat memasuki wilayah Palestin.


Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin Al-Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.


Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yasser Arafat dan ketua pemimpin dan pejuang Islam yang lain. Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya menjalinkan satu hubungan dengan Hitler.


Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam. “Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah seorang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan, apatah lagi Islam,” kata beliau.


Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau rejimen dalam Divisyen Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru agama yang bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus mengekalkan cara hidup sebagai muslim. “Di samping itu, divisyen ini kerap menerima kunjungan Mufti Baitulmaqdis Imam Amin Al-Husseini yang melengkapkan pengisian rohani anggota divisyen ini,” tambah beliau lagi.


Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang diterima oleh tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945 apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi kesemua mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh British dan Rusia.


Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat. Ini kerana hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak terhad atas kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing. Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan umum di sebalik Hitler yang sering diburukkan dengan Holocaustnya itu. Benarkah beliau sekejam itu?


Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, Ahmadinejad mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang Eropah.


“Tetapi mengapa rakyat Palestin dan umat Islam yang terpaksa menanggungnya. Namun, kita meyakini Barat sebenarnya telah berjaya diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan negara Islam demi kelangsungan rejim dan puak Israel,” katanya.



Russian photo of "Hitler Corpse"
May 2, 1945 (perhatikan kesan tembusan peluru di dahinya)
http://tst.greyfalcon.us


Kubur Di Atas Kubah Masjid Nabawi


Entri ini berasal daripada : http://liezkusut.blogspot.com


Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW, kubah warna hijau di Masjid An Nabawi Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW. Namun, ketika sang pelaku mencuba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di atas kubah. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas kubah tersebut!







Ia juga mengatakan bahawa seorang yang soleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahawa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahawa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam


Luahan Hati Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Entri ini berasal daripada : http://drmaza.com/







Adolf Hitler : Fakta Yang Disembunyikan Barat


Entri ini berasal daripada : http://politikbanjar.blogspot.com


Artikel Terjemahan (Arab > Bahasa Melayu)
Saya terjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsikan bersama anda semua.

Mengapa Adolf Hitler
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler. Semoga akan bangkit seorang lagi sepertinya di zaman ini.

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga rakan yang sedang menamatkan tesis Ph.Dnya dan aku amat terperanjat apabila beliau menyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan padanya, "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bahlol ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Lalu aku menjawab bahawa Hitler itu seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku.

Aku menjawab sumberku dari TV dan suratkhabar. Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?" Aku lantas meminta jawapan dari beliau.

Beliau menyambung : Ada (2) dua sebab.

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel.

Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan dengan Islam.

Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab.

Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin.



Ketika disatu upacara, Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah sebelum memulakan ucapan beliau.

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir.

(Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy di Berlin ketika Perang Dunia Kedua. Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...)


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera-tenteranya yang beragama islam, bagi mendoakan mereka malah juga turut meminta keselamatan buat tenteranya yang bukan Islam serta tiupan semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi.



(Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds)

Sumber gambar : skeletoninsidethecloset.blogspot.com


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh sahabatku untuk tesis Ph.Dnya dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah.

Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet. Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara diantaranya:

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama apa, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair.

Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran : (اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah... Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau.

Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam. Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi.

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar.

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German. " Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler enggan meminum (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah.

Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum arak sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan,
" Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau. Minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas.

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat. Hitler sepatutnya mampu menghapuskan semua Yahudi dahulu tapi dia tinggalkan sedikit saki baki bangsa itu agar manusia masa hadapan tahu akan keburukan orang Zionis ni !


Subhanallah !! Waktu Solat Dan Warna Alam


Entri ini berasal daripada : http://apadianie.blogspot.com


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.



Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .


Subhanallah !! Seni Ombak Yang Mempesonakan

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean  Waves

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

ocean waves beauty funzug org 05

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

The Beauty of Ocean Waves

Sumber : http://www.funzug.com




Blog Award

Terima kasih kepada Zar Series atas penghargaan yang diberikan.




Terima kasih kepada Melati Daisy atas penghargaan yang diberikan.

Kenali Pokok Gharqad : Pohon Yahudi






http://www.iluvislam.com

http://www.northwestweeds.nsw.gov.au/images/African%20boxthorn%20fruit%20640%20x%20480%20LRT.jpg
http://www.northwestweeds.nsw.gov.au



"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi" (Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Pokok Gharqad atau African Boxthorn (Lycium ferocissimum) merupakan sejenis pohon yang rendang dan berduri. Terdapat lebih 20 spesis Gharqad di Amerika Utara, 30 spesis di Amerika Selatan, 30 di Afrika, 10 di Eurasia dan satu di Australia. Pokok Gharqad, adalah panggilan bagi pokok Yahudi dalam bahasa Arab. Dalam istilah botani, pokok Gharqad dikenali sebagai spesis Boxthorn, termasuk dalam keluarga Solanaceae yang terdiri lebih daripada 90 spesis. Nama-nama lain yang biasa digunakan untuk pokok ini ialah Desert-thorn, Christmas berry, Wolfberry, Matrimony vine, Tea-tree dan Goji. Spesis ini banyak tumbuh pada ketinggian lebih kurang 5 meter tinggi dan 3 meter lebar serta boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kering serta kekurangan air. Pokok rendang ini turut menjadi 'rumah' bagi beberapa spesis haiwan seperti musang dan burung untuk berteduh dan mencari makanan.

Menariknya, pokok ini turut terdapat di Australia selepas dibawa masuk pada tahun 1800-an untuk dijadikan sebagai tumbuhan pagar sekitar rumah, malah ia dianggap sebagai "rumpai yang sangat degil" ! Ini kerana ia menjadi ancaman kepada industri agrikultur dan mudah berkembang biak melalui pelbagai cara sehingga pelbagai usaha dijalankan untuk menghapuskan "rumpai" ini. Ia turut di isytiharkan sebagai rumpai di bawah Tasmania’s Weed Management Act 1999 dan kegagalan menghapuskan pokok ini daripada perumahan membawa kepada tindakan undang-undang !

Dalam bahasa Ibrani, pokok Gharqad disamakan dengan pokok Atad. Sarjana botani Prof. Michael Zohary dan Noga Hereuveni of Neot Kedumim yang mengkaji tumbuhan yang disebutkan dalam Bible mengesahkan pokok Atad adalah sama dengan spesis Jujube.

Jika pokok Jujube ini adalah pohon Gharqad seperti yang disebutkan dalam hadis, kemungkinan pernyataan yang mengatakan orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad adalah benar. Spesis ini adalah tumbuhan kedua terbesar di negara haram Israel selepas pokok Akasia.

Pokok Gharqad ini banyak ditanam oleh orang-orang Yahudi di sekitar rumah mereka kerana mereka berharap dapat bersembunyi di sebalik pohon tersebut daripada dibunuh oleh orang-orang Islam ketika hampir berlakunya hari kiamat nanti. Sesungguhnya, mereka beriman kepada hadith Rasulullah SAW, namun pada masa yang sama, merekalah yang memusuhi umat Baginda serta melakukan kekejaman terhadap warga Palestin samada yang beragama Islam mahupun Kristian.



Dikatakan, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, Jews National Fund (JNF) sedang giat menganjurkan kempen menanam pokok di Israel. Namun, tidak dapat dipastikan samada pokok-pokok yang ditanam itu merupakan pokok Gharqad atau sebaliknya. Menurut laman web rasmi pertubuhan tersebut, JNF telah menanam lebih 240 juta pokok di Israel
sepanjang 100 tahun yang lalu.



Nabi Muhammad SAW Di Dalam Kitab Suci Hindu?


Entri ini berasal daripada : http://perisik-rakyat.com


Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.a.w.

Di India adalah merupakan faktor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatu bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalau sekiranya pengarang buku ini, seorang Muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak.

Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan Muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu.

Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar". Pengarang adalah penyandang sami berugama Hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.

Menurut kepercayaan penganut Hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut Hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan.

Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci Hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan Hindu yang lain yang mengatakan penganut Hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama Hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci Hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh Tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk jin dan manusia.

2. Menuruk ramalan ugama Hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama Hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku Hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa Arab, Tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).

4. Dalam buku buku ugama Hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah kurma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

5. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

6. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

7. Juga dinukilkan bahawa Tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.

8. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh Tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

9. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

10. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama Hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.

Dalam al qur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut Hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.


putrahermanto.wordpress.com




Bekas Juara Tinju Heavyweight Dunia Menangis di Raudah



TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan  umrah, semalam.
TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam.



Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.

Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya.

Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi


Helmi Exwostorian says :

Subhanallah...Apabila Allah Taala memberikan hidayah kepada seseorang samada orang Islam atau sebaliknya, maka tiada siapa yang akan mampu menahannya. KuasaNya melewati segalanya, maka apabila hidayah itu menaungi hati dan meliputi api kejahilan dan kekufuran, maka bercahayalah hati dengan cahaya keimanan dan suburlah ia dengan ketaqwaan. Beruntunglah bagi mereka yang hidup dalam keadaan kafir kepada Tuhan kemudian dirahmati dengan hidayah dan iman, namun celakalah bagi mereka yang dilahirkan secara automatik beragama Islam, kemudian terpesong dari iman yang hakiki dan berpaut pada tali kekufuran..


Benarkah Hawa Memujuk Adam Memakan Buah Khuldi?


Entri ini berasal daripada : http://abunaiem.blogspot.com/


Allah s.w.t. menempatkan Nabi Adam dan isterinya di dalam syurga sebelum mereka berdua dihantar ke dunia ini. Di tempat yang indah itu, Allah s.w.t. menghalalkan kepada mereka berdua makanan-makanan kecuali buah dari satu pohon. Tipu daya Iblis menyebabkan mereka berdua memakannya lalu bermulalah kehidupan manusia di dunia ini.

Umum tersebar bahawa Hawa telah memujuk Adam memakan buah tersebut. Hal ini disebutkan oleh Ibn Hajar al-`Asqalani ketika menghuraikan hadis berikut:

عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم : ولولا حواء لم تخن أنثى زوجها.

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w.: “Dan kalaulah tidak kerana Hawa, perempuan tidak akan mengkhianati suaminya.”


Kata Hafiz Ibn Hajar: “Di dalam hadis ini terdapat isyarat bahawa peristiwa yang berlaku kerana Hawa memberi gambaran yang indah tentang pokok itu kepada Adam lalu berlakulah apa yang telah berlaku. Makna khianat Hawa ialah dia telah menerima bujukan Iblis lalu memujuk Adam pula. Oleh kerana Hawa ibu kepada sekalian wanita dan paling serupa dengan Hawa dari segi melahirkan anak, maka hampir tidak seorang wanitapun yang terselamat dari menderhaka kepada suaminya sama ada dengan ucapan atau perbuatan. (Fath al-Bari, jil. 6 hal. 515)

Dalam menjelaskan maksud hadis ini, Hafiz ibn Hajar tidak merujuk kepada mana-mana riwayat hadis atau pendapat sahabat. Penjelasan beliau bukanlah sesuatu yang dapat difikirkan dengan aqal semata-semata. Dengan kata lain, penjelasan ini bukan berdasarkan kepada ijtihad tetapi pasti bersumberkan mana-mana riwayat. Tentu sekali beliau mempunyai sumbernya yang tersendiri. Apabila beliau tidak menunjukkan mana-mana riwayat hadis, tentu sekali sumbernya ialah riwayat Israiliyyat. Kalau diandaikan adanya riwayat maka riwayat itu tidak sahih kerana bercanggah dengan fakta-fakta al-Quran.

Dengan merujuk kepada al-Quran segala kepalsuan dan kepalsuan riwayat tersebut akan terdedah. Allah s.w.t. berfirman:

فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآَتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ


Lalu syaitan menghasut mereka berdua (memakan buah pokok larangan) dengan tujuan untuk mendedahkan aurat mereka yang selama ini terlindung dari mereka, lalu ia berkata: Tuhan kamu tidak melarang kamu mendekati pokok ini melainkan supaya kamu tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi dari kalangan mereka yang hidup kekal abadi. (al-A`raf: 20)

halaqahbyu.multiply.com

Dalam ayat ini jelas bahawa syaitan yang menghasut Adam dan Hawa bukan syaitan menghasut Hawa kemudian Hawa menghasut Adam pula. Dalam surah Taha, ayat 120, penafian bahawa Hawa tidak memujuk Adam lebih jelas lagi:

فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آَدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى


Lalu syaitan membisikkan fikiran yang jahat kepadanya dengan katanya: Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok hidup kekal dan kerajaan yang tidak akan musnah? (Taha: 120)

Syaitan, bukannya Hawa, yang menghasut Nabi Adam dengan menimbulkan waswas dan memberi sumpah yang palsu.

وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ . فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآَتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَنْ تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُلْ لَكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُبِينٌ

Dan dia (syaitan) bersumpah kepada mereka berdua: Sesungguhnya saya termasuk dalam kalangan orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua. Maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah tersebut nampaklah bagi mereka berdua aurat masing-masing dan mereka berdua mulai menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan menyeru mereka berdua: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu berdua, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu berdua. (al-A`raf: 21-22)

Allah s.w.t menegur Adam kerana lupa kepada janji bukan kerana menerima pujukan Hawa dan Hawa pula tidak ditegur oleh Allah kerana kesalahannya mengkhianati suaminya.

Al-Sabuni menukilkan daripada Tafsir al-Tabari dan Tafsir Ibn Kathir bahawa Ibn Abbas berkata: “Syaitan memperdayakan mereka berdua dengan sumpah. Adam menyangka bahawa tidak seorangpun berani berdusta dalam bersumpah dengan nama Allah lalu syaitan memperdayakan mereka berdua dengan sumpahnya.” (Safwah al-Tafasir, jil. 1 hal. 439)

Bagaimana penafsiran hadis al-Bukhari yang menyabitkan Hawa mengkhianati Adam?

Berlaku tashif dalam meriwayatkan hadis ini iaitu kesilapan dalam hurf خ yang sepatutnya huruf ح. Tashif ialah pengubahan perkataan di dalam hadis.

عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم: ولولا حواء لم تحن أنثى زوجها).

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w: “Dan kalaulah tidak kerana Hawa, perempuan tidak akan merindui suaminya.”

Meriwayatkan hadis ini dengan huruf ح lebih tepat dan lebih sesuai dengan fitrah kejadian kaum wanita. Sifat rindu dan setia kepada suami terdapat pada setiap wanita tanpa mengira agama dan bangsa.

Menisbahkan setiap khianat yang dilakukan oleh wanita kepada Hawa adalah sesuatu yang tidak adil dan bercanggah dengan akal yang sejahtera dan fitrah yang suci.

Apabila kita mengenepikan nas-nas al-Quran dengan menerima riwayat Israiliyyat dan menafsirkan hadis berdasarkan Israiliyyat, maka kita telah merendahkan kedudukan wanita. Seolah-olah merekalah punca kerosakan dan dosa orang lain. Sedangkan satu jiwa tidak sekali-kali menanggung dosa orang lain. Dari satu sudut pula, riwayat ini menyerupai konsep dosa warisan yang menjadi doktrin agama Kristian iaitu setiap jiwa tidak bersih dan Nabi Isa yang telah menebus dirinya untuk menyucikannya. (Al-Mawsu`ah al-Muyassarah Fi al-Adyan wa al-Mazahib al-Mu`asarah, hal. 504)



Aurat Wanita Sekadar Rambut Semata-Mata LOL


Apabila orang-orang jahil menutup aurat...



empayar-poyos.com


http://ohtidak.com/


bududanbelacan.blogspot.com



helmi exwostorian banner