helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Apabila Si Pembuat Maksiat Dihamparkan Karpet Merah


Malek Noor Dan Ella Terima Anugerah


PEKAN 30 Mac 2010 - Jaguh bina badan, Datuk Abdul Malek Noor dan penyanyi terkenal, Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin menyifatkan penganugerahan darjah kebesaran daripada Sultan Pahang hari ini sebagai penghargaan tertinggi setelah lebih 20 tahun bergiat dalam karier masing-masing.

Menurut mereka, penganugerahan itu membuktikan golongan atlet dan artis mempunyai peranan penting dalam pembangunan negara serta modal insan.

Abdul Malek menegaskan, penganugerahan tersebut mampu menjadi motivasi kepada golongan atlet dan artis untuk terus mengembangkan bakat masing-masing dalam bidang yang diceburi.

''Walaupun penganugerahan darjah kebesaran ini bukan sesuatu yang diminta oleh golongan atlet atau artis, ia merupakan tanda sokongan golongan istana kepada kami untuk terus bekerja'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis istiadat penganugerahan pingat dan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-79 Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Pada upacara itu, Abdul Malek menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Ella, 43, dan seorang lagi penyanyi, Wan Aminuddin Wan Ismail atau Ameng Spring menerima darjah Setia Mahkota Pahang (SMP).

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menyampaikan pingat-pingat dan darjah kebesaran kepada penerima di Balairung Seri Istana Abu Bakar.

Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Abdul Malek turut menasihati golongan atlet supaya mengikis sikap meminta-minta sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang yang diceburi untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Abdul Malek kini merupakan duta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menggalakkan golongan atlet menunaikan tanggungjawab membayar cukai pendapatan.

Sementara itu, Ella tidak menyangka dipilih untuk menerima anugerah tersebut pada istiadat kali ini.

Beliau menyifatkan penganugerahan tersebut sebagai satu sejarah dalam hidupnya yang telah terbabit dalam industri seni selama lebih 20 tahun.

''Penganugerahan ini menunjukkan kerajaan dan istana memandang tinggi kepada penggiat seni seperti saya untuk terus berkarya," katanya yang terkenal dengan gelaran Ratu Rock. - Utusan Malaysia.

# Helmi Exwostorian says :

Salwa Abdul Rahman, Zahida Rafik, Noryn Aziz, Khatijah Ibrahim, tidak ketinggalan penyanyi tersohor Siti Nurhaliza Taruddin. Demikian sebahagian daripada nama-nama selebriti yang bertuah dalam negara kerana dimuliakan dengan gelaran "Datuk" daripada orang-orang yang memiliki kuasa dalam daulah. Begitu mudah artis-artis di Malaysia mendapat gelaran dan pangkat sebagai penyeri karier mereka . Seolah-olah mereka begitu berjasa dalam memperkukuhkan ketamadunan daulah serta pemangkin kemuliaan dan kestabilan ummat. Hakikatnya, negara kita belum sampai ke tahap kritikal akibat kekurangan para ilmuan dan cerdik pandai yang lebih banyak jasanya kepada negara dan ummat dalam memperkembangkan ilmu dan pembangunan sosial, pendidikan dan ekonomi. Jadi, atas dasar apakah para selebriti di Malaysia dilayan secara eksklusif sebegitu rupa? Banggakah si artis apabila digelar orang dengan pangkat tersebut? Dan banggakah kita apabila seorang penyanyi yang sering tampil di khalayak ramai dengan konsep "berpakaian tetapi berbogel" mendapat kemuliaan dan keagungan di mata masyarakat? Tidak salah sekiranya dikatakan bahawa para selebriti yang sering mengheret umat manusia yang lainnya ke arah maksiat dan gejala sosial terutama budaya hedonisme digelar sebagai virus atau kuman penyebar penyakit yang berbahaya. Apatah lagi, karier yang bergelumang dengan populariti dan kegembiraan bagai di alam fantasi serta kononnya menghiburkan para peminat itu sendiri tercalit dosa yang bukan sekecil zarah. Suara lontaran penyanyi yang kebanyakannya wanita, yang termasuk dalam batasan aurat dalam Islam dipuji dan dipuja menggunung tinggi, kononnya kehebatan lontaran vokalnya hebat, bisa meluluhkan jantung para pendengar seni muzik yang satu cuma dalam sejuta.
Benarlah, dunia semakin hampir dalam misi perlumbaan ke penghujung garisannya. Manusia yang sering berbuat maksiat dan dosa diagungkan, sebaliknya sesiapa yang berada di atas jalan kebaikan dan keimanan dilabelkan sebagai sampah dan dipandang rendah oleh masyarakat serta sang penguasa. Buah yang busuk dan berlubang ditebuk ulat dimakan lahap, buah yang masak ranum, manis serta bebas dari serangga perosak dan racun pestisid dibuang ke dalam parit !!


Laman Sosial Facebook - Jangan Buka Jendela Dosa


Entri ini berasal daripada : http://abuumair1.wordpress.com


Oleh: Abu Umair


Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

# Helmiexwostorian says :

Selain aplikasi "Tagging The Photos" dalam laman Facebook yang sering disalahgunakan , aplikasi permainan serta kuiz-kuiz ramalan mengarut di dalamnya bisa membawa para pengguna ke arah kesesatan dan kebobrokan yang nyata. Mana mungkin kuiz-kuiz tersebut digunapakai oleh mereka umat Islam khususnya, walaupun banyak kedengaran alasan-alasan sumbang bahawa mereka bermain hanya sekadar suka-suka dan demi mencuba sesuatu yang baru. Bahkan konsepnya sama dengan amalan penilikan nasib yang pernah berlaku semenjak zaman jahiliyah, kemudian zaman Rasulullah SAW dan berterusan sehingga zaman moden kini. Bezanya, kini kita menggunakan teknologi di alam maya untuk menyuburkan amalan khurafat ini. Sekiranya ramalan-ramalan yang dilakukan oleh "tok nujum siber" ini melekat kukuh di hati nurani dan kita mempercayainya pula, maka dosalah yang pasti bernaung di bawah bayang-bayang kejahilan kita.
Teknologi adalah ilmu, ia hanya sekelumit kecil daripada ilmu-ilmu Allah Taala yang maha luas yang dianugerahkan kepada manusia ciptaanNya sebagai satu nikmat dan rahmat. Alangkah indah sekiranya ia digunakan untuk menyuburkan dakwah Islamiyah dan membajai ukhuwah fillah antara satu sama lain dari kalangan sahabat dan masyarakat berbilang kaum , sebaliknya begitu malang sekali jika ia diaplikasikan hanya untuk mencambahkan benih-benih kebencian serta memekarkan kuntum-kuntum dosa. Sekiranya dibiarkan maka lambat laun kuntum-kuntum jijik ini pasti mekar menebarkan bauan kehinaan dan kemusnahan.. Ketika itu, curahan titis keinsafan dan embun penyesalan dari langit ketaqwaaan sudah tidak berguna lagi..



Pintu Gerbang Neraka Di Uzbekistan


Sumber foto : http://englishrussia.com/

door to hell in Darvaz 1

Bayangkan, sebuah lubang besar yang saiznya berkemungkinan lebih besar daripada Stadium Nasional Bukit Jalil, sedang marak membakar dan kehangatannya naik meluap-luap di hadapan anda membentuk fatamorgana yang seolah-olah lubang neraka dunia yang sedang menunggu bahan bakar dimasukkan kedalammya bagi memastikan survivalnya tidak terhapus.

Rakyat tempatan menggelarnya sebagai "The Door To Hell" atau Pintu Gerbang Ke Neraka, atau lebih tepat lagi lokasi ini wujud berhampiran sebuah bandar bernama Darvaz, Uzbekistan yang baranya membakar tanpa henti walaupun sesaat sejak 35 tahun yang lalu !! YA, 35 TAHUN !!

Menurut kisahnya, seorang ahli geologi telah menggali tempat ini bagi mencari gas asli yang dikesan di kawasan tersebut. Ditakdirkan Tuhan, semasa sedang menggali ahli geologi ini serta rakan-rakannya yang lain telah menemui sebuah jurang di bawah tanah yang sangat besar dan dalam, sehinggakan peralatan-peralatan menggali turut terjerumus ke dalam jurang berkenaan. Malangnya, tiada sesiapa yang berani untuk turun ke bawah untuk mendapatkan kembali peralatan-peralatan menggali tersebut, kerana jurang tersebut dipenuhi dengan gas asli dan dikhuatiri terdapat bahan-bahan beracun yang lain yang mungkin membahayakan nyawa mereka. Lalu, bagi mengelakkan atmosfera bumi tercemar akibat gas asli yang keluar dari perut bumi, mereka telah menyalakan api di dalam jurang tersebut dan hasilnya, api yang dinyalakan merebak ke seluruh jurang dan tidak pernah terpadam sehingga kini. Bermakna, api yang sedang menyala di jurang tersebut adalah api yang sudah menjangkau usia 35 tahun !!

door to hell in Darvaz 2

door to hell in Darvaz 3

door to hell in Darvaz 4

door to hell in Darvaz 5

door to hell in Darvaz 6

door to hell in Darvaz 7

door to hell in Darvaz 8


Inilah bukti kekuasaan Allah SWT, bagi umat Islam yang mengimani bahawa hanya Allah Taala Tuhan sekalian alam, Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah yang terakhir, dan kitab Al-Quran sebagai wahyu yang benar-benar diturunkan oleh Tuhan yang Esa, sekurang-kurangnya kita merenung kembali bahawa realiti neraka Allah itu telah dimunculkan dan diilustrasikan oleh Nya di bumi Uzbek, sebagai satu simbol bahawa kewujudan neraka khusus bagi mereka yang ingkar akan tuntutan Tuhan dan Rasulnya adalah benar. Seolah-olah Dia menyatakan bahawa "Jika kamu enggan meyakini akan kewujudan neraka Ku, maka lihatlah "neraka" yang Aku perlihatkan kepadamu di muka dunia sebagai bukti akan kebenaran ayat-ayat Ku".

Semoga kita mengambil iktibar dan tidak mengambil masa yang lama untuk cuba berubah serta memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, sebelum terlambat...


Subhanallah !! Durian Belanda Penawar Sebenar Penyakit Kanser


Entri ini berasal daripada : http://rubbertapperz.blogspot.com

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

"Harap dapat kirimlanjutkan (Forward) artikel diatas kepada teman-teman dan insan tersayang yang anda kasihi sebagai satu amalan kebajikan dan sumbangan ikhlas dari anda untuk mereka semua".

# Helmi Exwostorian says:

Benarlah sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Jabir radhiallahu 'anhu yang bermaksud "Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah."- Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad.

Begitu hebat Allah Taala yang menjadikan ubat-ubatan yang halal dan suci serta bersifat alami, maka disitulah terletaknya kepentingan para pengkaji Islam yang sepatutnya lebih berusaha gigih mengkaji rahsia keagungan Tuhan melalui alam, melebihi pengkaji-pengkaji barat yang menafikan kewujudan Tuhan yang hakiki. Malah seharusnya tidak kita bergantung pada penawar-penawar moden yang dihasilkan dengan adunan bahan-bahan kimia yang terbukti lebih memudaratkan kesihatan manusia melebihi faedah penyembuhan yang menyeluruh dan berkesan.
Sudah lumrah para kapitalis kuku besi hanya mahu mengaut keuntungan yang sedikit cuma dengan apa cara sekalipun, sehinggakan sanggup menyembunyikan fakta dan data hasil kajian mereka yang berharga jutaan dolar itu daripada diketahui oleh masyarakat umum supaya mereka mendapat laba yang besar hasil menutup mata masyarakat daripada melihat fakta tersebut. Lebih malang lagi sekiranya kebenaran itu sengaja disirnakan supaya masyarakat ketagihan ubat-ubatan kimia yang dihasilkan oleh tangan-tangan mereka yang belum tentu mampu menyembuhkan si pesakit. Hasilnya, yang sakit semakin sakit dan yang kaya semakin kaya ! Semuanya dilakukan kerana mereka sudah leka bertuhankan wang dan bernabikan pangkat serta darjat yang sebenarnya tidaklah sebesar faedah membantu masyarakat hasil daripada kajian ilmiah yang dijalankan mereka..Itulah yang berlaku apabila moral diletakkan setaraf malah lebih rendah daripada kepala lutut lembu !! Oh maaf...Sekurang-kurangnya lutut lembu lebih berharga kerana boleh dibuat Rojak Kateh resepi Terengganu !!


Bayi-Bayi "Raksasa" Gulf Syndrom


Sumber foto : http://www.xs4all.nl/~stgvisie/VISIE/extremedeformities.html

Inilah bayi-bayi Gulf Syndrom yang lahir hasil kekejaman dan kerakusan Amerika Syarikat ke atas mangsa perang Iraq ketika Perang Teluk Persia Pertama (Gulf War) pada 1990-1991, tidak terkecuali para tentera British dan soldadu Amerika Syarikat yang terlibat dalam perang ini akibat penggunaan senjata bom dan peluru DU (Depleted Uranium) turut menerima kesannya, yang mana sekiranya seseorang tidak kira lelaki atau wanita terhidu DU, maka mereka akan melahirkan generasi bayi yang tidak sempurna tubuh badan dan tidak menampakkan rupa paras seorang manusia. Namun, perkara yang paling keji dan paling memalukan dalam perang perebutan telaga minyak ini adalah penglibatan Arab Saudi dan Mesir , 2 buah negara umat Islam sendiri yang bersekongkol dengan pihak Amerika untuk membunuh umat Islam yang lain tanpa sebarang perikemanusiaan dan rasa takutkan pembalasan Tuhan.



























H1N1 Konspirasi Kapitalis Buat Duit?

Entri ini berasal daripada : http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com


Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Gulf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi Islam juga sosialis (positif) - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi Islam dan sosialis (posotif), perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat Islam, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

di tulis oleh: Hishamuddin Rais
dengan sedikit penambahan oleh: Jk JTR


# Helmiexwostorian says:

Dasar kapitalis yang hanya bermatlamatkan keuntungan semata dan laba yang besar setelah diperas dengan angkuh dan gelojoh daripada umat manusia tidak akan sekali-kali berhenti daripada visi dan misi tersebut. Mereka tidak pernah peduli akan orang-orang bawahan, para marhaen tidak kira samada cara yang digunakan benar-benar sah di sisi undang-undang atau bersekongkol dengan pemerasan, kekotoran dan kezaliman dalam mengejar impian bersulam keangkuhan. Cuma satu yang bisa meruntuhkan sistem empayar agung manusia kuku besi yang hanya merobek-robek kesucian humanism dan akal budi, tidak lain dan tidak bukan hanyalah sistem Khilafah 'ala manhaj nubuwwah (sistem Khalifah di atas jalan kenabian) yang ber"tulang belakang"kan kebenaran Al-Quran dan be"rusuk"kan mutiara hikmah As-Sunnah An-Nabawiyah. Pastinya kudup kehidupan manusia akan mekar disirami nur Rabbul Alamin yang hakiki dan sirnalah kejahatan dan penindasan empayar sang Firaun zaman milenium serta kuncu-kuncunya diterbangkan angin barakah tauhid dan dineutralkan oleh aroma Islam sejati.



Panas !! DiTampar Dan Diterajang Hanya Kerana Ingin Berjubah Dan Bertudung

Seperti yang diceritakan kembali oleh Ida kepada wartawan Siti Fairuz Ramli :

"Saya merupakan anak tunggal kepada seorang tokoh koperat yang sangat berjaya dan ayah memiliki dua buah syarikat perusahaan yang amat terkenal serata Asia Tenggara. Ayah jarang pulang ke rumah, seminggu sekali pasti out-station ke luar negara. Tinggallah saya keseorangan di rumah, ditemani bibik yang diambil bekerja sejak saya berumur 10 tahun lagi. Bagi saya , bibik tempat bergantung dan berharap kasih sayang, memandangkan ibu sudah meninggal dunia ketika usia saya menginjak 12 tahun.
Saya sering melihat bibik solat dan mengaji Al-Quran, serta tidak pernah menunjukkan auratnya di rumah kami. Jilbab yang setiap hari dipakai sudah lusuh bukti ia tetap setia melindungi mahkota wanita itu dari dilihat oleh yang bukan muhrimnya. Maka saya tergerak hati ingin cuba berjilbab dan berjubah sekaligus, memandangkan saya seorang beragama Islam dan sering mendengar nasihat bibik bahawa orang Islam itu perlu menjaga batas-batas pergaulan dan melindungi auratnya dari pandangan orang yang tidak hak baginya.
Suatu petang ketika ayah baru pulang dari London, saya merapati ayah yang sedang berehat di atas sofa seraya menyatakan keinginan untuk bertudung dan berjubah. Sebaik mendengar permintaan tersebut, ayah bingkas bangun dan menampar pipi kiri saya hingga terjelepuk ke dinding marmar. Tidak cukup dengan itu, ayah menarik tangan saya dan terus menerajang di perut saya tanpa belas kasihan. Saya menangis kesakitan...saya tidak menyangka ayah sanggup memperlakukan saya sebegitu rupa.
"Kau jangan nak bagi malu ayah ! Apa kes tiba-tiba nak pakai tudung nih? Ayah besarkan kau , bagi makan pakai secukupnya... Tup tup bila dah besar nak pakai tudung plak...memang kena lah makan penampar ayah !!"
Saya tanya ayah, "Kenapa ayah...salah ke Ida bertudung? Ida nak jadi anak yang solehah.."
Ayah merapati saya dan memulas telinga kanan saya sehingga saya menjerit kesakitan.


"Solehah? Kepala hotak kau !! Ayah besarkan kau sebagai seorang jantan kau tau tak ? Ayah bagi kau nama yang sedap...Mohamad Firdaus...Last last ko tukar nama jadi Ida...hambik kau lagi sekali !!....."


Dusyum !! Dushum !! Prang !!


**********

Dusyum !! Dushum !!


Wartawan Siti Fairuz Ramli turut menempeleng Ida 2 kali.


Sekian...


*** Kisah dan watak-watak diatas adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara orang yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Apa yang baik dari kisah ini jadikan pengajaran.


Rumah Banyak Lalat? Jangan Risau...LOL


Asah kreativiti korang dengan seni yang hebat...Layan !!


http://acidcow.com/


helmi exwostorian banner