helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Pintu Gerbang Neraka Di Uzbekistan


Sumber foto : http://englishrussia.com/

door to hell in Darvaz 1

Bayangkan, sebuah lubang besar yang saiznya berkemungkinan lebih besar daripada Stadium Nasional Bukit Jalil, sedang marak membakar dan kehangatannya naik meluap-luap di hadapan anda membentuk fatamorgana yang seolah-olah lubang neraka dunia yang sedang menunggu bahan bakar dimasukkan kedalammya bagi memastikan survivalnya tidak terhapus.

Rakyat tempatan menggelarnya sebagai "The Door To Hell" atau Pintu Gerbang Ke Neraka, atau lebih tepat lagi lokasi ini wujud berhampiran sebuah bandar bernama Darvaz, Uzbekistan yang baranya membakar tanpa henti walaupun sesaat sejak 35 tahun yang lalu !! YA, 35 TAHUN !!

Menurut kisahnya, seorang ahli geologi telah menggali tempat ini bagi mencari gas asli yang dikesan di kawasan tersebut. Ditakdirkan Tuhan, semasa sedang menggali ahli geologi ini serta rakan-rakannya yang lain telah menemui sebuah jurang di bawah tanah yang sangat besar dan dalam, sehinggakan peralatan-peralatan menggali turut terjerumus ke dalam jurang berkenaan. Malangnya, tiada sesiapa yang berani untuk turun ke bawah untuk mendapatkan kembali peralatan-peralatan menggali tersebut, kerana jurang tersebut dipenuhi dengan gas asli dan dikhuatiri terdapat bahan-bahan beracun yang lain yang mungkin membahayakan nyawa mereka. Lalu, bagi mengelakkan atmosfera bumi tercemar akibat gas asli yang keluar dari perut bumi, mereka telah menyalakan api di dalam jurang tersebut dan hasilnya, api yang dinyalakan merebak ke seluruh jurang dan tidak pernah terpadam sehingga kini. Bermakna, api yang sedang menyala di jurang tersebut adalah api yang sudah menjangkau usia 35 tahun !!

door to hell in Darvaz 2

door to hell in Darvaz 3

door to hell in Darvaz 4

door to hell in Darvaz 5

door to hell in Darvaz 6

door to hell in Darvaz 7

door to hell in Darvaz 8


Inilah bukti kekuasaan Allah SWT, bagi umat Islam yang mengimani bahawa hanya Allah Taala Tuhan sekalian alam, Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah yang terakhir, dan kitab Al-Quran sebagai wahyu yang benar-benar diturunkan oleh Tuhan yang Esa, sekurang-kurangnya kita merenung kembali bahawa realiti neraka Allah itu telah dimunculkan dan diilustrasikan oleh Nya di bumi Uzbek, sebagai satu simbol bahawa kewujudan neraka khusus bagi mereka yang ingkar akan tuntutan Tuhan dan Rasulnya adalah benar. Seolah-olah Dia menyatakan bahawa "Jika kamu enggan meyakini akan kewujudan neraka Ku, maka lihatlah "neraka" yang Aku perlihatkan kepadamu di muka dunia sebagai bukti akan kebenaran ayat-ayat Ku".

Semoga kita mengambil iktibar dan tidak mengambil masa yang lama untuk cuba berubah serta memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, sebelum terlambat...


0 comments: