skip to main |
skip to sidebar
Posted by
exwostorian
at
5:44 AM
Benarkah pemakaian tudung atau jilbab oleh para Muslimat yang taat kepada perintah agama dilihat sebagai satu amalan kuno yang tidak seiring peredaran zaman yang kian moden dan serba canggih dewasa ini? Benarkah menutup kepala selabuh-labuhnya bagi wanita Islam benar-benar menyusahkan dan melanggar hak asasi mereka kerana tidak dapat memperlihatkan keindahan raut wajah semula jadi dan kecantikan rambut panjang harum mengurai yang dimiliki untuk tatapan umum? Malang sekali..mereka yang bodoh dan jahil serta tidak memahami Islam dan hukum alam sahaja yang berfikiran seperti itu, terutamanya golongan yang kononnya menganjurkan bahawa hak para wanita harus dijulang setaraf golongan lelaki dan wanita berhak memilih hala tuju dan memajukan dunia, sehingga menyebabkan istilah "feminisme" semakin gah dijulang di barat seterusnya merebak dengan pantas ke seluruh ceruk dunia. Penyakit yang merebak ini turut menjangkiti para wanita di negara-negara Islam yang kian terpengaruh dek fahaman sempit para ekstremis wanita barat ini yang mencanangkan buah fikrah mereka hanya mengikut emosi dan nafsu semata. Sedangkan tanpa disedari, merekalah yang telah menafikan hak bagi tubuh badan mereka dan menzalimi diri sendiri dengan mendedahkan tubuh badan kepada ancaman bahaya dalaman dan luaran. Sedangkan, Islam telah lama menjunjung tinggi martabat wanita dan mereka dimuliakan dengan pelbagai undang-undang Islam yang istimewa sejak kedatangan nur Islam di bumi barakah Makkah Al-Mukarramah sekitar 1400 tahun yang lalu seiring kenabian junjungan besar Muhammad SAW. Umum mengetahui bahawa mana-mana tamaddun agung silam yang tertegak di muka bumi sebelum kedatangan Islam telah menganggap wanita sebagai alat pemuas nafsu serakah semata dan pembawa malang, sebahagian yang lain pula diperdagangkan untuk dijadikan hamba sahaya untuk berkhidmat di rumah-rumah orang berada dan berkuasa. Manakala, bayi-bayi dan kanak-kanak perempuan yang tidak mengerti apa-apa dibunuh kejam dengan pelbagai cara kerana dianggap sebagai pembawa sial dan menjatuhkan maruah keluarga . Maka hadirnya nur Islam benar-benar membersihkan wanita daripada diskriminasi dan dominasi serta merealisasikan hak mereka sebagai makhluq ciptaan Tuhan yang selayaknya dilayan secara adil dan saksama disamping para lelaki.
Berbalik kepada keistimewaan dan hikmah menutup kepala, artikel "The Science Behind The Veil" di Islamonline.net yang ditulis oleh Karima Burns menyatakan bahawa :
"Ujian-ujian menunjukkan bahawa 40-60% daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala, justeru menutupnya terutama semasa musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan di musim panas. V.G Rocine seorang pakar otak menyatakan bahawa fosforus otak mampu mencair pada suhu 108 darjah Fahrenheit. Pencairan ini mudah berlaku sekiranya seseorang berada di bawah di bawah panas terik matahari tanpa menutup kepala. Apabila fosforus cair maka fungsi otak menurun dan hal ini menyebabkan otak mengalami beberapa kesan negatif".
Kenyataan ini turut disiarkan di www.islamonline.net/english/Science.
Anatomi dan fizikal wanita dan lelaki Allah ciptakan amat berbeza,malah Sains telah membuktikannya, maka tidak hairanlah jika Allah mewajibkan para wanita menutup kepala mereka dengan tudung yang labuh namun tidak pula mewajibkan perintah tersebut kepada para lelaki. Lihat ! Itulah salah satu rahsia tubuh manusia yang perlu dikaji dan digali oleh para pengkaji beragama Islam yang beriman kepada Tuhan yang Esa.
Sewajarnya kita mentertawakan mereka yang lantang dan bengap serta bodoh sombong ini kerana besar kemungkinan fosforus di otak mereka kini sedang mencair dengan pantas sebagai menyahut seruan "hak asasi wanita tanpa tudung" canangan mereka yang sedikit sebanyak berjaya direalisasikan keatas diri mereka sendiri. Tidak salah juga sekiranya kita membuat satu kesimpulan bahawa semakin ramai wanita barat mengalami masalah emosi dan psikologi yang ketara dan peningkatan gejala membunuh diri setiap hari (di Amerika 32,637 kes , 89.4 kes sehari, 1 kes setiap 16.1 minit pada tahun 2005 yang menyumbang kepada kematian ke-11 terbesar negara) disebabkan keadaan fosforus otak mereka yang kurang "sempurna" berbanding para wanita Islam.
Setelah diteliti faedah-faedah menutup aurat seperti yang diutarakan diatas melalui hati yang tulus dan benar, mampukah kita mengutarakan persoalan-persoalan bodoh mengenai hak wanita menurut persepsi barat berkenaan isu pemakaian jilbab kepada Allah Tuhan sekalian alam yang merupakan "jurutera" teragung manusia dan pemegang tunggal kunci segala rahsia anatomi tubuh insan, yang menjadikan tulang belulang yang dibaluti sel-sel seni, urat-urat saraf ,kapilari-kapilari darah, serta organ dan daging yang tertanam dibawah lapisan kulit, dan menuduhNya telah dengan sengaja mahu menyusahkan mereka yang diciptakanNya itu dengan hukum Islam yang menzalimi makhluqnya, sedangkan pengetahuanNya melangkaui pengetahuan manusia itu sendiri? Ketahuilah bahawa Dialah "Executive", Dialah "Legislator", dan Dia jugalah "Judiciary" agung yang mentadbir, mewujudkan dan pastinya mengaplikasikan undang-undang berpaksikan keadilan yang melangkaui sempadan bangsa, tempat, dan zaman keatas para makhluq yang melata di muka bumi. Layakkah kita untuk memberontak atas keadilan yang diberikan khas sebagai salah satu daripada rahmat-rahmatNya? Apakah hak kita untuk melawan tuan yang memiliki susuk tubuh ini, sedangkan kepadaNya lah kita kembali suatu hari nanti. Biarlah para wanita Islam basah "lencun" berpanas dalam kehangatan jilbab mereka, daripada merasai azab hangat bara api neraka jahannam di hari pembalasan kelak.
0 comments:
Post a Comment