Tiadalah gelaran yang lebih sesuai bagi mereka yang sanggup memperlakukan sedemikian rupa kepada si kecil yang tidak bermaya !!











Mayat bayi yang dicampakkan dari tingkat 17 sebuah flat sehingga pecah kepalanya ditemui di Kuala Lumpur.










# Helmiexwostorian says :
Punca sebenar permasalahan zina dan rogol ini adalah asas penutupan aurat secara sempurna yang dituntut dalam Islam, namun tidak dipatuhi oleh segelintir manusia yang tidak mampu berfikir akan hikmah hukum Tuhan, yang dengan sengaja mendedahkan tubuh badan mereka dan sebahagian yang lain pula "berpakaian tetapi telanjang" seperti yang digambarkan Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu . Terbukti sudah bahawa busana Islam yang sebenar-benarnya layak digelar busana Islam adalah "cermin" identiti Islam dan pasti melindungi para wanita kita yang mengimani Tuhan alam semesta. Lantaran itu, maka manusia yang bergelar lelaki tidak akan mendekati para wanita sekiranya mereka bersungguh-sungguh melindungi maruah dan tubuh mereka dengan busana Islam serta tidak memberi peluang kepada sang jongos ini untuk meneliti setiap inci tubuh badan mereka.
Nafsu fitrah manusia, namun bukanlah menjadi satu alasan bagi manusia untuk dipimpin oleh nafsu..sebaliknya, nafsu yang seharusnya dipimpin oleh insan melalui lunas-lunas Islam haqiqi.
Maka nafsu itu wajib di"gari" kedua tangannya dan di"belenggu" lehernya melalui ikatan perkahwinan yang suci laksana penyatuan Adam dan Hawa di syurga Firdausi. Berpacaran berlainan jantina sebelum pernikahan yang sah pula bukanlah tiket bagi mereka untuk menyerahkan kehormatan dan maruah diri dengan alasan hidup dan jodoh tentuan Tuhan pasti milik berdua...Lantas, lahirlah bayi-bayi yang suci fitrah namun terpaksa membalas sekelumit dosa ibu bapa yang tidak mahu memahami hukum Tuhan itu dengan pemisahan roh dari jasadnya..
Sang penguasa yang memiliki negara termasuk seluruh isi rakyatnya juga bertanggungjawab terhadap sebarang aktiviti yang membawa kepada maksiat berleluasa melalui ibu segala maksiat iaitu arak, kerana daripada air syaitan inilah muncul segala macam kekotoran dan kebobrokan yang melanda umat Islam dewasa ini. Sesungguhnya arak menjadi kunci membuka pintu maksiat yang lain termasuklah judi, rompak, zina, dan sebagainya. Dan lebih menjijikkan sekiranya para penguasa ini sendiri bergelumang dosa dan kekotoran dalam menikmati kuasa di puncak menara daulah tertinggi...Na'uzubillahi min dzalik...
Dan ingatlah wahai sang penguasa !! Kamu semua akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Taala di Mahkamah Tuhan kerana mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat keseluruhannya !!
** Gambar-gambar ini diperolehi daripada sistem Local Area Network (LAN) Mahallah Usman Al-Affan, UIAM...
Sumber asal tidak diketahui...
Admin akan menggugurkan gambar ini daripada blog sekiranya terdapat tuntutan hak cipta. Terima Kasih.
3 comments:
mmg superb la helmi
nice reminder
Anon : tq atas komen tersebut...insya allah reminder buat kita semua...
cina vs malay.
anak malay je yg ramai ..napa agaknya?
9 bulan kat na drg sembunyikan??pikir2kan laa..
knapa org melayu ja yg cpt naik mood dn cpt trliur..renung2kanlaa..
cara penyelesaian nya ..amat mudah..cuba la tnya mcmana??senang je jwbnya...nak tau..tunggu..................
Post a Comment