Nakheel Tower yg akan dibina di Dubai bakal mengalahkan kedudukan Burj Dubai (827m) sebagai menara tertinggi di dunia. Menara yang akan dibina setinggi 1.4 kilometer (1400m) serta mempunyai 200 tingkat ini direka oleh arkitek Australia Woods Bagot dan akan memulakan pembinaannya pada tahun 2020. Ia akan dibina oleh Nakheel, syarikat pemaju sama yang bertanggungjawab membina pulau-pulau buatan manusia berbentuk seperti pohon palma di Dubai, Palm Jumeirah. Sebagai bonus, sebuah pelabuhan dalam bandar pertama di dunia akan ditempatkan di sini.

Rasululullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda :
"Tidak akan terjadi kiamat hingga …. manusia bermegah-megahan terhadap bangunan" (HR. Bukhari)
Berkata Al Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah : "Makna bermegah-megahan terhadap bangunan adalah bahwasanya setiap orang yang ingin mendirikan bangunan, berkeinginan untuk menjadikan bangunannya lebih tinggi dari yang lain"
Alangkah baik sekiranya negara -negara Islam yang kaya raya membantu umat Islam yang mundur dan miskin di negara-negara lain. Mereka bermegah-megah dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang mewah dan indah, namun mereka melupakan hak keatas saudara seagama yang kurang bernasib baik berbanding mereka. Sedangkan mereka lupa, bangunan-bangunan tersebut pasti musnah dalam sekelip mata apabila hari yang dijanjikan Allah akan tiba.




































