helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Rahsia 'Keajaiban' Budu


Entri ini berasal daripada : http://www.syok.org

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Terengganu dan Kelantan ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika , Australia , New Zealand dan Jerman.

budu cap ketereh
http://pakarhowto.com

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta

menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya,kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan

akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab Utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air(vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2(riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneum! oniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.


Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin

B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikrodalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9,39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan didalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon! (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.


Penelitian yang dilakukan di University North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.


Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat(dietary fiber) yang baik.


Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe [Farmasi Anis: tempe atau budu?] lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.


Budu yang sangat lazat
http://pakarhowto.com



16 Mei yang Menggamit Kenangan


2 Perkara Yang Menjadi Kenangan Teristimewa Sepanjang Bergelar Pelajar Di SMA Al-Wosto (SMAW), Berhala Gantang, Temerloh, Pahang
(2000-2004)

1. Sajak tradisi : "Dedikasi Buat Guru-Guruku" yang dilaungkan untuk guru-guru setiap kali tibanya 16 Mei.

Dari halaman mesra..melalui lorong-lorong kembara
Ke kaki tangga
Dari bangunan lama hingga ke bangunan baru
Di kelas sana

Dari kiraan Algebra hingga imbangan duga
Menyingkap pujangga Shakespeare, Al-Antarah dan Za’aba
Menggali khazanah zaman purba hingga wawasan negara
Menyelam agungnya Kalamullah dan sunnah rasulNYA

Di makmal- mengenal tabung uji, penunu Bunsen dan kerabatnya
Di bengkel- bermesra dengan pahat, gergaji dan konco-konco mereka
Di padang- laungan arahan menempa nama di MASISUPA
Di Pusat Sumber- bimbingan tekun melatih petah bicara
Di medan perhimpunan mingguan dan di dewan
Bergema alunan teguranmu sarat keikhlasan

Ku kutip nostalgia raudhah ilmuan
Di bumi permai penuh kedamaian
Dalam tikungan mesramu
Sepanjang kembara jadi bekalan

Dalam alunan mesra nasihatmu
Dalam dendangan tegas teguranmu
Dalam rentak tekun dedikasimu
Ku temui sinar menyuluh lorong berliku

Andai diizinkan
Ingin aku terus di sini
Di bawah lembayung cintamu
Sayangnya masa terus berlalu
Dan aku
Bukan lagi pemilik seragam biru dengan kain putih itu
Yang setia menadah dedikasimu
Namun kerana mulianya jasa dan baktimu
Dari Halaman Mesra
Kini aku dipuncak menara

-Majalah AL-Ikhlas Al-Wosto edisi jubli Perak (2003)


2. Lagu tradisi SMAW bertajuk "Lilin Seorang Guru" ini merupakan gubahan asal guru sekolah SMAW, Cikgu Khairul Salleh b Abd. Rahman dan dinyanyikan semula oleh kumpulan nasyid In-Team. (Suhaimi Saad Ex-InTeam merupakan bekas pelajar SMAW).


Sumber : Youtube.com


Terima Kasih Guru-Guruku
Ayahanda dan Ibunda tersayang sebagai guru pertama selepas kelahiranku
Guru-guru di Tabika KEMAS Kemayan
Guru-guru di SK Triang 3, Triang
Guru-guru di SMA Al-Wosto, Temerloh
Guru-guru di Matrikulasi IIUM dan IIUM
Tidak dilupakan semua yang bergelar guru, walaupun mengajar sepatah huruf cuma
Selamat Hari Guru
Dedikasi buat kalian
Semoga Allah merahmati kalian dunia dan akhirat
Hanya Dia yang layak membalas jasa kalian dengan seribu rahmat dan kasih sayang



Senarai Universiti-Universiti Terbaik 2009/2010

Sumber : http://www.topuniversities.com/


Senarai Universiti-Universiti Terbaik Di Dunia 2009


Tempat Pertama : HARVARD University, USA


Tempat Kedua : University of CAMBRIDGE, UK


Tempat Ketiga : YALE University, USA


Tempat Keempat : University College London, UK


Tempat Kelima : IMPERIAL College London, UK
: University of OXFORD, UK

Tempat Keenam : Tiada


Tempat Ketujuh : University of CHICAGO, USA


Tempat Kelapan : PRINCETON University, USA


Tempat Kesembilan : Massachusetts Institute of Technology, USA


Tempat Kesepuluh : California Institute of Technology, USA

____________________________________________________________________

Senarai Universiti-Universiti Terbaik Di Asia 2010

Biomedical Engineering Center, the University of Hong Kong
Tempat Pertama : University of Hong Kong, Hong Kong
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 1
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 24

Bioengineering Graduate Program, the Hong Kong University of Science and Technology
Tempat Kedua : The Hong Kong University of Science and Technology, Hong Kong
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 4
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 35


Tempat Ketiga : National University of Singapore, Singapore
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 10
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 30


Tempat Keempat : The Chinese University of Hong Kong, Hong Kong
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 2
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 46


Tempat Kelima : The University of Tokyo, Japan
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 3
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 22
____________________________________________________________________

Senarai Universiti-Universiti Terbaik Di Malaysia 2010


Tempat Pertama : Universiti Malaya
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 180
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 39
Ranking Asia 2010 : Kedudukan no. 42


Tempat Kedua : Universiti Kebangsaan Malaysia
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 291
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 51
Ranking Asia 2010 : Kedudukan no. 58


Tempat Ketiga : Universiti Sains Malaysia
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 314
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 69
Ranking Asia 2010 : Kedudukan no. 69


Tempat Keempat : Universiti Putra Malaysia
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 345
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 90
Ranking Asia 2010 : Kedudukan no. 77


Tempat Kelima : Universiti Teknologi Malaysia
Ranking Dunia 2009 : Kedudukan no. 320
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 82
Ranking Asia 2010 : Kedudukan no. 82


Tempat Keenam : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Ranking Dunia 2009 : Tiada
Ranking Asia 2009 : Kedudukan no. 201
Ranking Asia 2010 : Kedudukan no. 151


Sebelum VS Selepas LOL


Entri ini berasal daripada : http://tukartiub.blogspot.com/


INI KEDAI JUDI HARAM




SESUDAH MENDAPAT LOGO HALAL



Kenali Produk-Produk Jenama BERJAYA


Boikot !

Jangan biarkan syarikat milik Tan Sri Vincent Tan, jutawan Malaysia yang bersekongkol dengan perjudian di negara ini
menggunakan wang kita bagi menyuburkan maksiat dan dosa !

Sumber : http://www.berjaya.com/



KRR-logo
wendys-logo

papajohnslogo

krispy-kreme-logo














BERJAYA Perolehi Lesen Judi Bola Sepak.


Entri ini berasal daripada : http://www.malaysiakini.com/

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan. Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA. S
ehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini. BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen. Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan. Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama. Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya. Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.


Helmi Exwostorian says :

Menyedihkan...

Akhirnya, kerajaan telah bersetuju memperkembangkan aktiviti perjudian sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi dijalankan di Malaysia secara sah mengikut undang-undang dengan mengeluarkan lesen kepada pihak yang berkenaan.
Pada ketika ini, beratus ribu orang di Malaysia tidak kira bangsa dan agama yang memang berminat untuk bergelumang dengan najis judi sedang bersorak kegembiraan dan meraikan keputusan kerajaan tersebut dengan tangan terbuka.

Manakala, bagi mereka yang berpegang teguh pada agama Allah Ta'ala dan Rasulnya serta bermusuhan dengan aktiviti perjudian samada perjudian haram atau 'halal' sedang meratib penuh penyesalan dan kehampaan lantaran galakan sang penguasa ke atas aktiviti maksiat yang dilihat bakal menghancurkan masyarakat berbilang kaum dan agama sedikit masa lagi.

Jika perjudian di Malaysia kini boleh dibahagikan kepada 2 kategori; halal dan haram, tidak mustahil wujudnya premis-premis menjual arak dan pelacuran haram dan halal selepas ini.
Segala-galanya mungkin..


Sabit Melekat Di Kepala Gara-Gara Memberi Nasihat


Entri ini berasal daripada : http://www.erapakatan.com

KUALA LUMPUR : Akibat tidak puas hati dengan teguran supaya jangan duduk di atas bangku konkrit yang baru dibina, kepala seorang buruh hampir terbelah dua selepas sebilah sabit tajam ‘melekat’ di belakang tempurungnya.

Coconut Fish Cave - Cut it in half

Gambar hiasan semata-mata : http://www.aquariumlife.net

Buruh terbabit ditetak oleh seorang lelaki yang menyerangnya dari belakang.

Lelaki itu dipercayai bertindak ganas kerana tidak puas hati teguran mangsa supaya jangan duduk di atas bangku konkrit yang baru dibina berikutan bimbang ia runtuh akibat simen belum kering sepenuhnya.

Malangnya, teguran itu bertukar tragedi berdarah apabila mangsa ditetak di kepala manakala rakannya hampir putus jari selepas diserang hendap suspek yang bersenjatakan sabit.

Mangsa, Abdul Rahman Surni, 49, berkata ketika kejadian jam 2.15 petang semalam, dia bersama seorang rakan membina bangku daripada simen di taman permainan kanak-kanak berhampiran Lorong Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini.

Sebaik sahaja menyiapkan bangku berkenaan, seorang lelaki tidak dikenali muncul dan cuba duduk di atas bangku konkrit yang masih basah.

“Saya terkejut dengan tindakan lelaki terbabit sebelum menegurnya supaya tidak duduk di bangku itu kerana dibimbangi ia akan roboh.

“Nasihat saya itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan lelaki terbabit yang naik angin dan meluahkan kata-kata kesat,” katanya seperti dipetik media.

Menurutnya, lelaki itu kemudian pergi dari situ dalam keadaan tidak puas hati.

“Namun, saya tidak menyangka dia datang semula beberapa minit kemudian dengan membawa sabit. Lelaki itu terus menyerang rakan saya dengan melibas sabit berkenaan.

“Rakan saya terpaksa menggunakan tangan untuk menahan tetakan terbabit hingga menyebabkan jari hantunya terkoyak. Sejurus selepas itu, suspek melarikan diri,” katanya lagi.

Mangsa yang ketakutan segera mengemaskan perkakas kerjanya untuk meninggalkan kawasan berkenaan.

“Namun, ketika saya tergesa-gesa meninggalkan lokasi kejadian, dia tiba-tiba muncul dari arah belakang lalu menetak sabit dibawanya sekuat hati ke arah kepala saya.

“Kejadian itu menyebabkan darah memancut keluar dari kepala sehingga membasahi muka saya. Saya ketika itu amat takut dan hanya mampu menjerit meminta tolong rang ramai berikutan bimbang dibunuh suspek yang mengamuk,” katanya.

Menurutnya, jeritan itu menyebabkan lelaki terbabit terkejut sebelum lari meninggalkannya.


Helmi Exwostorian says :

Gila !
Manusia zaman kini semakin hari semakin kejam dan hilang sifat perikemanusiaan sebagai manusia ! Apatah lagi peristiwa ini telah berlaku di tanah air kita sendiri !
Hanya kerana memberi nasihat kepada seseorang yang buta mata hati dan tidak mampu berfikir secara waras , mangsa ditetak dengan sebilah sabit sehingga tempurung kepala hampir terbelah dua dan hampir menemui ajal.
Sebelum ini kita melihat dan membaca laporan-laporan akhbar mengenai kisah ibu dipukul dan ditetak gara-gara perlakuan anak yang derhaka serta memeras ugut si ibu, Tidak terkecuali kisah si anak sanggup memenggal kepala bapa sendiri serta membunuh ahli keluarganya sendiri. Malah, seorang adik telah menetak abangnya sendiri dengan parang akibat tidak berpuas hati kerana si abang meminta sebatang rokok daripadanya ! Banyak lagi peristiwa-peristiwa menyayat hati berkaitan dengan emosi manusia yang "kurang stabil" yang tidak sanggup untuk dipaparkan di sini satu persatu.
Sesungguhnya, akal fikiran membezakan taraf manusia sebagai khalifah Allah Ta'ala dengan haiwan yang melata
di muka bumi . Haiwan mempunyai otak, namun ia tidak mampu berfikir seperti manusia, membezakan sesuatu yang baik dengan yang buruk. Yang ada cuma naluri; naluri untuk makan, tidur, berkasih sayang, dan sebagainya. Naluri yang membantu haiwan menjalani kehidupan seharian bagi memakmurkan bumi Allah di samping manusia. Sedangkan manusia itu dianugerahkan dengan akal fikiran yang tidak ternilai harganya untuk digunakan dengan sebaik-baiknya.
Sesungguhnya, akal yang sihat dipandu oleh roh iman berjasadkan Islam yang suci. Apabila nafsu serakah dibiarkan beraja di dalam hati bermahkotakan bisikan syaitan yang sudah berjanji menyesatkan umat Adam sehingga hari kiamat dan mengatasi akal fikiran tersebut, maka hancurlah jasad Islam itu dan matilah roh keimanan bertunjangkan keyakinan kepada Allah Ta'ala dan Rasulnya. Alangkah malangnya umat Islam sekiranya sanggup membunuh, menzalimi serta melakukan kekejaman terhadap saudara seagama sendiri apatah lagi kaum keluarga dan sanak saudara yangmana diharamkan darah mereka untuk dialirkan dia atas muka bumi tanpa sebarang asas dan sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sesungguhnya Islam amat menjaga dan memelihara darah umat Islam, maka sesiapa yang melanggar peraturan Islam maka sesungguhnya ia telah mengkhianati Allah dan Rasulnya. Jika dilihat dari sudut kemanusiaan sekalipun, tiadalah pembunuhan dan kezaliman ke atas seseorang itu dipandang mulia serta dipuji dan disanjung atas perlakuan tersebut.

Umat manusia keseluruhannya wajib diselamatkan daripada lemas dihempas ombak kesesatan dunia. Umat manusia wajib dikembalikan kepada fitrah dan fikrah manusia yang hakiki di atas manhaj keadilan dan kesaksamaan. Demi Allah yang jiwa manusia berada dalam genggaman tanganNya, mereka tidak akan mampu meredah lautan kesesatan dan kealpaan yang tidak mengenal erti ketaqwaan dan keadilan itu, kecuali dengan berpaut pada pelampung Allah ; Islam dan Iman.




Hukum Merayakan Hari Ibu



Entri ini berasal daripada : http://al-ahkam.net/

ninja250r.wordpress.com

Soalan : Apa hukum memuliakan ibu pada hari ibu? Apakah di sana terdapat tegahan dari syarak untuk merayakan perayaan ini?

Jawapan (Syeikh Faisal Mawlawi): Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.

Cuma, orang-orang Barat menjadikan sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai tanda penghormatan.

Orang Islam pula, dari sudut syarak, tidak ada perayaan/hariraya melainkan Idul Fitri dan Idul Adha. Selain perayaan/hariraya ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.

Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu.

Dilarang juga merayakan hari ibu kerana bertaklid kepada non muslim dan bertasyabbuh/menyerupai/meniru2 mereka.

Kita berpegang bahawa meniru-niru non muslim dan menyerupai mereka adalah tidak dibenarkan pada perkara-perkara yang khusus untuk mereka sahaja serta tidak mempunyai asas di dalam syariat kita. Adapun memuliakan ibu sebagaimana diketahui umum memang mempunyai asasnya di dalam syariat. Oleh itu, perkara ini tidaklah dapat dianggap sebagai meniru-niru/menyerupai non muslim yang ditegah.

Helmi Exwostorian says :

Setiap hari yang dilalui adalah hari ibu.
Bagi masyarakat barat, mereka telah menetapkan satu hari yang istimewa bagi meraikan ibu-ibu yang mewarnai alam dunia dengan kegembiraan dan kasih sayang buat anak-anak. Sebagai Muslim yang mentaati perintah Tuhannya, seharusnya kita lebih menunjukkan kasih sayang dan penghargaan yang tidak ternilai dek harta benda dan wang ringgit, yang mana ia bukanlah menjadi kayu ukur sebuah kebahagiaan abadi.
Benar seperti yang dikata, seorang ibu mampu memelihara sepuluh orang anak sekalipun, namun sepuluh orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu..
Sayangi mereka...
Doakan mereka...Samada mereka masih hidup atau telah meninggalkan dunia yang fana..
Tataplah wajah lembut mereka...kerna itu menjanjikan pahala daripada Allah Ta'ala buat si anak..
Semoga mereka meraih tempat di Syurga Firdausi...

Lagu ini ditujukan khas kepada ibu yang tercinta, Puan Rosnah bt Mansor dan semua insan yang bergelar ibu..


Sumber : Youtube.com



Tribute To Aminulrasyid Amzah (1995 - 2010)


Video ini mungkin dihasilkan oleh rakan-rakan allahyarham sendiri.

Anda nilaikan sendiri apakah remaja yang berwajah tenang dan lembut ini selayaknya digelar sebagai penjenayah yang akhirnya ditembak mati oleh pihak polis. Tembakan yang dilepaskan telah mengenai tepat kepala mangsa menyebabkan beliau menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian di atas riba rakannya sendiri, merangkap saksi utama dalam kejadian berdarah tersebut, Azamuddin Omar .
Kes ini masih dalam proses pengadilan dan kita sebagai rakyat tidak mampu mengadili terlalu awal samada beliau benar-benar bersalah atau sebaliknya.

Semoga kebenaran akan membuka tabirnya dan keadilan dijelmakan...

Takziah untuk ahli keluarga allahyarham Aminulrasyid Amzah..


Sumber : Youtube.com


Judi Itu Haram, Kerajaan Malaysia Pula 'Halalkan" Judi?


Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

- Bernama



Helmi Exwostorian says :

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ayat 90 bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."

Apakah kerajaan yang majoriti penduduknya beragama Islam sanggup menghalalkan sesuatu yang jelas-jelas diharamkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Quran? Apakah sang penguasa ingin menjadi Tuhan atau mahu mendokong kuasa setaraf Tuhan dengan sewenang-wenangnya ingin memansuhkan hukum judi di dalam kitabNya dengan menghalalkan pekerjaan yang telah Allah haramkan sejak sekian lama serta menjadi pegangan umat Islam sekaliannya?


Seorang lelaki veteran Melayu boroi, berbaju melayu dan bersamping sedang beratur di kedai judi.
http://www.detikdaily.net/


Malang sekali, di Malaysia aktiviti perjudian yang diketahui hukumnya haram dalam Islam di'halalkan' dengan pengurniaan lesen bagi membenarkan ia dijalankan secara sah mengikut undang-undang ciptaan manusia. Manakala, pusat judi yang tidak mempunyai lesen dianggap sebagai pusat judi haram serta dikenakan hukuman mengikut pertimbangan yang ditetapkan.
Apakah wujud perjudian kategori halal dan kategori haram di sisi Allah Ta'ala? Apakah Rasulullah SAW mengiktiraf perjudian 'halal' ini ketika baginda masih menghela nafas suatu ketika dahulu?

Hakikatnya, alasan kerajaan untuk menghalalkan judi di negara kita amat dangkal sama sekali serta tidak layak untuk diterima akal fikiran yang sihat bertautkan keimanan. Apakah pertimbangan yang diwujudkan adalah berlandaskan kebenaran di atas titik ketaqwaan dan rasional akal fikiran, atau berpancangkan nafsu dan kejahilan semata ?
Datuk Awang Adek Hussein dipetik sebagai berkata bahawa pengeluaran lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bertujuan bagi mengelakkan berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Beliau juga menyatakan bahawa aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.
Bukankah alasan ini terlalu mudah untuk dipatahkan waima oleh pelajar sekolah rendah sekalipun? Tidakkah diketahui bahawa pengeluaran lesen untuk berjudi -tidak dapat tidak-, pastinya menggalakkan umat manusia tidak kira bangsa, tidak kira agama termasuk segelintir umat Islam yang jahil mengenai hukum agama untuk melaburkan wang melunaskan nafsu serakah mencium najis judi secara bebas dan terang-terangan? Bukannya semakin mengurangkan aktiviti perjudian, malah semakin bertambah kerana dibenarkan kepada rakyat. Bagaikan orang keletihan selepas penat bekerja sepanjang hari di tengah terik mentari, siapa yang tidak menolak apabila dihulurkan bantal yang lembut dan bisa mengutus jiwa ke alam mimpi? Kerajaan tidak akan mampu mengawal aktiviti ini secara menyeluruh apabila sudah membarah dalam daging dan urat saraf umat masyarakat kelak. Hasilnya, berlakulah kepincangan dalam institusi rumah tangga, peras ugut, rompakan dan samun, dan lebih teruk lagi apabila berleluasanya pembunuhan jiwa manusia hanya kerana menurut nafsu dan desakan inginkan wang bagi melangsungkan perjudian. Bagi yang sudah muflis akibat kehabisan wang serta tertekan kerana tidak mampu membayar hutang, ada segelintir yang sanggup mengambil jalan mudah dengan membunuh diri dan ahli keluarga sendiri. Tidak cukupkah bahana judi dalam kehidupan masyarakat sehingga ia mahu dibenarkan secara bebas dalam negara? Satu lagi, apakah
aktiviti perjudian dengan lesen yang sah tidak akan mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram?
Sudahlah mahu diberikan lesen bagi membenarkan judi diaplikasikan , hasil daripada keuntungannya pula mahu digunakan untuk memodenkan serta memajukan lagi bidang sukan di tanah air. Sedangkan banyak lagi hasil dalam negara yang mampu dijana secara efektif serta bersumber dari perolehan halal untuk kemajuan bidang sukan atau apa-apa bidang sekalipun. Bukankah hukumnya sama seperti membina rumah Allah menggunakan wang hasil menternak khinzir atau memeram anggur? Haram tetap haram !!
Apakah yang seharusnya kita lakukan sebagai menghalang pelaksanaan amalan syaitan ini dibenarkan berlaku di hadapan mata kepala umat Muhammad ini? Sanggupkah kita terpalit dengan najis judi yang bisa mengotorkan jubah amal dan ibadah kita serta membusukkan jalan kehidupan kita menuju Allah? Semoga Allah mengurniakan keinsafan kepada sang penguasa dan meruntuhkan kejahilan para pemimpin umat. Semoga Dia mengampunkan dosa umat Islam kesemuanya..



Selamat Ulangtahun...




"Selamat Ulangtahun ke-23 Helmi Exwostorian !!"
2 Mei 2010

Ungkapan selamat dari jurulatih, Sarjan Nazri menggembirakan hati..
Kalungan untaian tahniah dari rakan-rakan di laman Facebook padat mengisi "wall" malam ini..
Mengingatkan aku bahawa aku bukan lagi kanak-kanak gemuk yang periang itu lagi..
Amanah yang maha besar tersimpul di pundak mengiringi...
Mampukah aku lukiskan senyuman utuh di bibir lesi?

Aku terdengar bisikan kecil di satu sudut hati nurani...
Mahligai putih itu bagai memanggil-manggil namaku, menyeru aku pergi..
Tilam tanah persinggahan abadi pula riang bernyanyi...
"Mari..mari..."

Ah...umurku bertambah setahun lagi...
Apakah ilmu dan amalku bertambah seiring dua belas purnama yang berlalu ini?
Apakah aku telah memanfaatkan, atau malang sekali mensia-siakan "emas" anugerah Tuhan dengan amalan yang tidak mungkin Dia redhai?
Ya Allah...berdosanya hamba yang kerdil ini...
Ya Allah...hinanya pacar yang lemah ini..
Ya Allah...ruginya susuk yang leka ini...
Pimpinlah daku ke gerbang taqwa hakiki...
Tuntunlah daku ke tangga cinta Ilahi...
Pagarkan daku dari mara ketakutan jihad fi sabilihi...
Matikan daku dari godaan iblis laknat sang peniup mimpi..
Selimutkan daku dengan gebar penangkis nafsu duniawi...
Moga kukuh Islam di dada, iman di hati...
Moga sejahtera duniawi, selamat jua ukhrawi...