2 Perkara Yang Menjadi Kenangan Teristimewa Sepanjang Bergelar Pelajar Di SMA Al-Wosto (SMAW), Berhala Gantang, Temerloh, Pahang (2000-2004)
1. Sajak tradisi : "Dedikasi Buat Guru-Guruku" yang dilaungkan untuk guru-guru setiap kali tibanya 16 Mei.
Dari halaman mesra..melalui lorong-lorong kembara Ke kaki tangga Dari bangunan lama hingga ke bangunan baru Di kelas sana
Dari kiraan Algebra hingga imbangan duga Menyingkap pujangga Shakespeare, Al-Antarah dan Za’aba Menggali khazanah zaman purba hingga wawasan negara Menyelam agungnya Kalamullah dan sunnah rasulNYA
Di makmal- mengenal tabung uji, penunu Bunsen dan kerabatnya Di bengkel- bermesra dengan pahat, gergaji dan konco-konco mereka Di padang- laungan arahan menempa nama di MASISUPA Di Pusat Sumber- bimbingan tekun melatih petah bicara Di medan perhimpunan mingguan dan di dewan Bergema alunan teguranmu sarat keikhlasan
Ku kutip nostalgia raudhah ilmuan Di bumi permai penuh kedamaian Dalam tikungan mesramu Sepanjang kembara jadi bekalan
Dalam alunan mesra nasihatmu Dalam dendangan tegas teguranmu Dalam rentak tekun dedikasimu Ku temui sinar menyuluh lorong berliku
Andai diizinkan Ingin aku terus di sini Di bawah lembayung cintamu Sayangnya masa terus berlalu Dan aku Bukan lagi pemilik seragam biru dengan kain putih itu Yang setia menadah dedikasimu Namun kerana mulianya jasa dan baktimu Dari Halaman Mesra Kini aku dipuncak menara
-Majalah AL-Ikhlas Al-Wosto edisi jubli Perak (2003)
2. Lagu tradisi SMAW bertajuk "Lilin Seorang Guru" ini merupakan gubahan asal guru sekolah SMAW, Cikgu Khairul Salleh b Abd. Rahman dan dinyanyikan semula oleh kumpulan nasyid In-Team. (Suhaimi Saad Ex-InTeam merupakan bekas pelajar SMAW). Sumber : Youtube.com
Terima Kasih Guru-Guruku Ayahanda dan Ibunda tersayang sebagai guru pertama selepas kelahiranku Guru-guru di Tabika KEMAS Kemayan Guru-guru di SK Triang 3, Triang Guru-guru di SMA Al-Wosto, Temerloh Guru-guru di Matrikulasi IIUM dan IIUM Tidak dilupakan semua yang bergelar guru, walaupun mengajar sepatah huruf cuma Selamat Hari Guru Dedikasi buat kalian Semoga Allah merahmati kalian dunia dan akhirat Hanya Dia yang layak membalas jasa kalian dengan seribu rahmat dan kasih sayang
Aku manusia biasa yang masih mencari identiti diri...Terbang meneroka segenap isi hati..mencari hakikat kabahagiaan abadi..Ku bukan cendekiawan, ku bukan ilmuan..Semoga dipermudahkan misi ini wahai Tuhan..
0 comments:
Post a Comment