helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

BERJAYA Perolehi Lesen Judi Bola Sepak.


Entri ini berasal daripada : http://www.malaysiakini.com/

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan. Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA. S
ehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini. BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen. Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan. Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama. Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya. Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.


Helmi Exwostorian says :

Menyedihkan...

Akhirnya, kerajaan telah bersetuju memperkembangkan aktiviti perjudian sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi dijalankan di Malaysia secara sah mengikut undang-undang dengan mengeluarkan lesen kepada pihak yang berkenaan.
Pada ketika ini, beratus ribu orang di Malaysia tidak kira bangsa dan agama yang memang berminat untuk bergelumang dengan najis judi sedang bersorak kegembiraan dan meraikan keputusan kerajaan tersebut dengan tangan terbuka.

Manakala, bagi mereka yang berpegang teguh pada agama Allah Ta'ala dan Rasulnya serta bermusuhan dengan aktiviti perjudian samada perjudian haram atau 'halal' sedang meratib penuh penyesalan dan kehampaan lantaran galakan sang penguasa ke atas aktiviti maksiat yang dilihat bakal menghancurkan masyarakat berbilang kaum dan agama sedikit masa lagi.

Jika perjudian di Malaysia kini boleh dibahagikan kepada 2 kategori; halal dan haram, tidak mustahil wujudnya premis-premis menjual arak dan pelacuran haram dan halal selepas ini.
Segala-galanya mungkin..


0 comments: