helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Amalan Berzanji Terkeluar Dari Ajaran Islam


http://jediship.blogspot.com

Berzanji atau barzanji - Upacara yang sering dianggap sebagai berunsur keagamaan oleh sebahagian orang Islam Melayu di negara kita, terutamanya masyarakat Melayu yang mendiami kampung-kampung yang kurang terdedah kepada sumber maklumat dan ilmu yang tepat. Ketahuilah...isi berzanji bukanlah petikan doa atau ayat-ayat Al-Quran, jauh sekali mutiara dari Al-Hadith. Ia merupakan untaian sajak menceritakan mengenai kehidupan Nabi Muhammad SAW...ya..sajak cuma.
Malah, tidak keberatan jika dikatakan bahawa masyarakat Melayu yang kerap kali mengadakan upacara berzanji ini bukanlah melakukannya dengan asas pengetahuan yang utuh, malahan atas budaya mengikut orang cuma, tanpa sebarang rasa ingin mencari asal usul bagi sesuatu sama ada ianya benar bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah atau sebaliknya.

Saya amat bersetuju dengan entri yang dilampirkan di dalam laman web di bawah yang melontarkan pandangan secara benar dan jitu. Ingin saya kongsikan bersama supaya kita memahami perkara ini atas dasar ilmu, bukan atas budaya ikut-ikutan atau menjadi "pak angguk" semata-mata.

kemplingan.tripod.com

Entri di bawah ini berasal daripada : http://www.terjah.com

Pengertian Berzanji ialah sebuah kitab kumpulan sajak karya penyair Abu Jaafar Al Barzanji yang dilahirkan dari negeri Barzanj. Membaca kitab ini tidak ada salahnya hatta membaca kitab Veda orang hindu atau kitab agama orang kristian sekarang. Ia hanya bersalah apabila mengamalkan ajaran yang salah tersebut.

Kumpulan sajak puji-pujian yang melampaui terhadap diri Rasullullah SAW bahkan banyak cerita yang dinukilkan di sekitar kelahiran Rasulullah SAW yang tidak ketahuan dari mana sumbernya. Hal ini dapat difahami kerana Abu Jaafar adalah seorang penyair yang sebelum memeluk Islam adalah penganut Kristian yang sangat-sangat mengagungkan Nabi Isa.

Ketika Salahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Islam (lebih dari 500 hijrah) sedang menghadapi angkatan perang Salib yang diketuai oleh Richard the Lion Heart yang sedang meraikan hari Natal, maka diadakan sayembara menulis sajak-sajak pujian kepada Rasulullah SAW untuk dibacakan pada hari mengingati kelahiran Nabi buat pertama kalinya. Sayembara ini dimenangi oleh Abu Jaafar dan karyanya dideklamasikan.

Sebelum ini tidak ada seorang pun di kalangan sahabat Rasulullah dan Tabiin yang berani menyambut hari kelahiran Nabi SAW. Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz telah menyatakan:

“Tidak boleh mengadakan pesta ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW dan juga ulang tahun lainnya, kerana yang demikian itu adalah perbuatan bidaah yang bukan di dalam agama. Kerana Rasulullah SAW tiada melakukan demikian juga para Khulafa Ur Rasyidin dan lain-lain di kalangan sahabat serta para Tabiin yang terkenal. Mereka semua adalah orang-orang yang lebih tahu tentang sunnah dan paling sempurna kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dan pengalamannya dalam mengikuti syariat dibanding dengan orang-orang sesudah mereka itu”

Kitab berzanji bercampur baur dengan kata-kata yang mendewakan rasul lalu menaikkan taraf rasul sebagai hamba Allah kepada tahap yang sama tinggi dengan Allah. Mari kita sorot beberapa petikan terjemahan daripada kitab berzanji :

1. “Salam sejahtera untuk mu wahai penghapus dosa, salam sejahtera untukmu wahai naungan dan tujuan”.

Komen saya ialah: Sudah mensyirikkan Allah kerana hanya Allah sahaja yang berhak menghapuskan dosa dan bukannya Nabi Muhammad. Kita tidak boleh bernaung kepada Nabi tetapi hendaklah kita bernaung kepada Allah, dengan itu boleh membawa kepada syirik. Tujuan hidup kita bukannya Nabi Muhammad tetapi adalah untuk beribadah mencari redha Allah swt.

2. “Dikaulah Penutup para Rasul. Dikaulah limpahan syukur bagi Tuhan Al Maula. Hamba yang miskin berharap akan limpahan kebaikan mu yang pengampun. Pada mu aku berbaik sangka wahai penggembira, wahai pengingat. Maka tolonglah aku dan lindungi aku wahai pelindung dari seksa neraka sair”.

Komen saya: Adalah syirik mengharap limpahan kebaikan dari Nabi kerana hanya Allah yang berhak melimpahkan kebaikan. Nabi bukannya pengampun. Hanya Allah yang mengampunkan dosa. Ayat ini berbentuk mirip ajaran Kristian dimana paderi boleh mengampunkan dosa dan ini dapat difahami kerana Jaafar baru bertukar agama dari kristian ke Islam. Nabi juga bukan penggembira dan pengingat dan hanya Allah sahaja yang berhak memberikan kegembiraan dan mengingatkan sesuatu sesuai dengan tauhid rububiahNya. Tolonglah aku dan lindungi aku wahai pelindung jelas menjadikan pengamalnya syirik.. Nauzubillah.

Berkenaan majlis berzanji yang dilakukan pada maulud nabi, Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz telah berkata;

“Dan telah terjadi yang lebih hebat dari itu, iaitu kemusyrikan yang terbesar. Dan yang demikian itu disebabkan kerana meningi-ninggikan secara berlebihan Rasullah SAW atau lain-lainnya dari kalangan para wali dan berdoa kepadanya dan mohon perlindungan dari bala dengannya, mohon bantuan serta iktikadnya, dia mengetahui yang ghaib dan lain-lain dari hal kekafiran yang mereka beramai-ramai melakukannya dari kebanyakan orang ketika merayakan maulid Nabi SAW dan selainnya dari yang mereka beri nama dengan wali-wali.

4 comments:

assalamualaikum..
sy ingin bertanya adakah pihak saudara hanya mengambil pandagan satu pihak atau beberapa pihak tertntu yang menyatakan pandangan yang saudara tulis sebagai bukti yang kukuh?
bila sy nilai beberapa pandagan lain, terdapat beberapa permasalahan yang diutarakan tidak berlaku secara hak...
mgkin pada pihak saudara ada menyatakan tentang huraian daripada syair yang dikarang adalah terlalu mengagungkn Nabi..
adakah terjemahan yang dilakukan itu benar2 sahhih?
pd pendapat sy ad juga pertelingkahan tentang terjemahan ayat al-Quran...
kemudian.. adakah saudara benar2 yakin dengan latarbelakang pengarang kitab tersebut?
dan satu lagi adakah link bagi laman web yang saudara letakkan itu benar2 wujud?

 

Assalamualaikum, it turns out that your comment is not in accordance with the wishes conveyed by Shaykh Jaafar Al Barzanji.

 

Masjid kariah tempat aku masih buat kelas berzanji...kumpulan qura katanya...yg join pun dia sama dia...kariah masjid bolayan

 

Dalam amalan keagamaan Kalau bukan sunnah dari nabi dan sahabat ..jangan memandai mandai mencipta amalan bid'ah..