helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Daging Babi Bertaburan Di Lebuh Raya....Uwekkkk !!!

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/

GEORGETOWN – Pengguna Lebuhraya Ekspressway Jelutong terkejut kerana sisa dan ketulan daging babi bertaburan atas jalan raya berkenaan, semalam (17.2.2010).

Bukan sahaja daging, malah bahagian kepala, kaki dan badan yang tidak dipotong turut jatuh dari lori sampah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Pemandu Lori, Rashid Ibrhaim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika beliau memandu lori berkenaan menghala ke pusat pengumpulan sampah Batu Maung.

Menurutnya, sisa-sisa daging babi tercampak atas jalan kerana pintu lori berkenaan tidak mampu menampung muatan sampah.

“Saya memulakan rutin mengutip sampah daging babi ini dari pusat sembelihan babi di Jalan Sungai ke Batu Maung.
“Adakala muatan sisa daging babi ini boleh mencecah sehingga setan sehari, tambahan lagi musim perayaan sudah hampir tiba jadi muatan juga lebih banyak," katanya.

Rashid berkata, disebabkan tong dan pintu lori berkarat, muatan tidak boleh penuh.

Beliau tidak menyangka sisa itu akan jatuh malah boleh dikatakan bernasib baik kerana memandu perlahan.
“Ada kereta yang terkena daging ini kerana tidak sempat mengelak," katanya.

Penyelia lori yang enggan dikenali berkata, beliau telah mengadu mengenai pintu dan tong lori berkarat kepada MPPP.

“Kami berharap supaya kejadian ini menjadi iktibar dan tong serta pintu lori dibaiki segera demi keselamatan awam,” katanya.
Ketika Sinar Harian menghubungi talian aduan MPPP, pegawai aduannya memaklumkan menerima aduan berkenaan kira-kira jam 10 pagi daripada Pejabat Gerakan Daerah Timur Laut.

Beliau kemudian segera menghubungi Bahagian Perkhidmatan Perbandaran MPPP untuk membersihkan sisa dan ketulan daging babi dan kerja pembersihan selesai kira-kira jam 11.30 pagi.

Sementara itu, Ahli Majlis MPPP, Mohamed Yusoff Mohamed Noor ketika dihubungi berkata, beliau akan membawa aduan mengenai pintu belakang lori yang berkarat sehingga menyebabkan sisa daging babi tercampak ke jalan raya kepada Jabatan Kejuruteraan MPPP untuk siasatan.

“Saya juga akan kemukakan masalah ini dalam mesyuarat Ahli Majlis MPPP, esok (hari ini),”
katanya.


# HelmiExwostorian says :

Molek sangat la tu...
pemandu plak orang Melayu...

Islam...
kononnya sensitif pasal isu babi...
boleh plak jadi kuli...
kuli tukang angkut sisa babi...