Gambar ini berjaya aku"snap" pada pagi 06.06.09 jam 06.51 pagi di Mahallah Usman Affan..Buka jerk mata aku tengok keadaan luar bilik lain macam jerk tak macam pagi2 yang biasa...
Apa lagi...melompat la aku dari katil ala2 Zorro gittew untuk melihat apa sebenarnye yang berlaku pagi2 buta neh...
Bila tengok je keadaan langit yang tak penah aku tengok semenjak aku dilahirkan di dunia yang fana ini 22 tahun yang lalu...aku pon terus "grabbed" camera Olympus yang aku sorok kat dalam kotak kopi segera tuh (fuuu....) terus je pantas tekan tombol kamera "snap" ape2 yang patot...Kang lambat2 takot tak sempat plak...Dalam pada itu, cahaya suria yang memancar menenggelamkan kegelapan malam yang beransur-ansur pudar dibawa fajar mentari...
Menariknya, fenomena ini telah dapat aku saksikan selama hampir 15 minit...owh...bertuahnya badan...
Cantik gile kot...kemerah-merahan di ufuk timur...macam aurora...
Segala puji bagi Mu ya Allah Rabbul 'Alamin yang memberi kesempatan kepadaku untuk menyaksikan keindahan ini...
Tapi, apa yang aku tengok tuh rasanye bukan aurora kot...
Apa itu Aurora?
Setelah puas menggoogle, aku berjumpa dengan sedikit info yang menarik untuk dikongsikan bersama...
Aurora ialah fenomena cahaya terang yang berwarna merah, biru, atau hijau yang kebiasaannya dapat dilihat pada waktu malam. Biasanya, fenomena ini berlaku di kawasan kutub utara dan selatan, menyebabkan para saintis yang mengkaji fenomena ini menggelarnya sebagai "aurora kutub" atau aurora polaris".
Aurora kutub utara dikenali sebagai "aurora borealis", dinamakan bersempena Dewi Fajar Rom (Aurora) dan nama Greek bagi angin utara (boreas). Ia biasa dilihat di kawasan Hemisfera Utara, bermula dari September hingga Oktober dan Mac hingga April. Di Eropah, aurora yang muncul di kawasan kutub utara kelihatan gah dengan warna kemerah-merahan seolah-olah matahari akan muncul dari arah tersebut.
Manakala, aurora kutub selatan dikenali sebagai "aurora australis" memiliki ciri-ciri yang sama dengan aurora borealis.
Maklumat lanjut boleh diperolehi di : http://en.wikipedia.org/wiki/Aurora_(astronomy)
Sumber gambar: http://en.wikipedia.org/wiki/Aurora_(astronomy)
Hoho...teringat plak kat lagu Aurora yang dinyanyikan oleh budak2 Estranged tuh...Best la lagu tuh...suke...
Rock !! Yeyyeh !!
Bagi semua kipas-susah-mati Estranged, mai amek neh lirik lagu Aurora...bule ah nyanyi kat dalam bilik air sambil makan eskrem...huhu..
Estranged- Aurora
aurora oh aurora
pentingkah kamu itu
kenapa aku terpegun?
aurora oh aurora
selalu disanjungi
pernah ditanya mengapa?
ku tatap, berseri, berwarna hijau
yang menawan sanubari
walaupun jauh
kamu dekat di hati
pandanganku menanti mu
aurora
kamu memberi
kembali mencari
aurora oh aurora
dari manakah kamu
kekal kamu sungguh jauh
aurora oh aurora
tidak ada bunyi mu
sanggup aku tetap menunggu
terdiam kerana berwarna ungu
ku putuskan biar bisu
walaupun jauh
kamu dekat di hati
pandanganku menanti mu
aurora
kamu memberi
kembali mencari
malam ini
aku sendiri
menumpu langit sambil berkata
gembira kamu disana
ku lihat, tersenyum, berwarna merah
ku tau kau selamat
0 comments:
Post a Comment