helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Henry "Awang" The Black - Orang Melayu Pertama Mengelilingi Dunia


Bangsa Melayu bangsa yang hebat sebenarnya !!

Disaat minda kita sering diperbodohkan oleh masyarakat barat bahawa bangsa Sepanyol yang hebat telah menakluki dunia dengan mengelilingi bumi melalui pelayaran agung
Ferdinand Magellan pada 20 September 1519 dan berakhir pada 8 September 1522, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mendedahkan kepada dunia pada 4 Disember 1997 bahawa orang yang pertama mengelilingi dunia melalui pelayaran ialah seorang yang beliau namakan sebagai Henry The Black, bukan Ferdinand Magellan. Lantaran itu, Henry The Black jugalah yang menemukan bahawa bumi berbentuk bulat, bukan rata seperti yang disangka oleh masyarakat ketika itu.

Siapakah gerangannya susuk tubuh yang telah "mencuri" perhatian Tun Dr. Mahathir untuk dinobatkan sebagai orang pertama mengelilingi dunia menggantikan Magellan yang telah diwar-warkan sebagai orang yang telah berjasa kepada Sepanyol dan rakyatnya sekitar 488 tahun yang lalu ?

Henry The Black atau nama Melayunya "Panglima Awang" ditugaskan sebagai jurubahasa dan pembantu kapal Ferdinand Magellan. Namanya disebut sebagai Henrich dalam Bahasa Sepanyol, dan beliau turut dikenali sebagai Enrique of Melaka.

Photobucket

Panglima Awang : http://andakstudio.nasyeed.my

Ferdinand Magellan : http://andakstudio.nasyeed.my

Bagaimana beliau boleh termasuk dalam senarai orang-orang yang bersama Magellan dalam misi pelayaran tersebut?

Magellan bersama Diego Lopez de Sequiera telah belayar ke bumi Melaka
pada 1 September 1509 dan merupakan orang barat pertama yang berhubung dengan Semenanjung Tanah Melayu. Magellan turut terlibat semasa menyerang Melaka pada tahun 1511 dan menangkap ramai pemuda Melayu dan mereka dibawa balik ke Lisbon, Portugal untuk dijadikan sebagai hamba . Salah seorang daripadanya ialah Awang yang diberi nama 'Enrique' yang dijangka berusia 18 tahun pada ketika itu. Beliau dilayan dengan baik memandangkan ilmu pelayaran yang dimiliki sangat mengagumkan Magellan dan dianggap sebagai kawan baik. Beliau diberikan nama tersebut demi mengelakkan berlakunya diskriminasi oleh anak-anak kapal terhadapnya dan ketika tiba di Lisbon nanti. Panglima Awang merupakan seorang pendekar yang berjuang mempertahankan Melaka dari serangan tentera Portugis pada 1511. Beliau juga adalah hamba raja kepada Sultan Mahmud, iaitu Sultan Melaka yang terakhir. Teori lain mengatakan bahawa Panglima Awang merupakan hamba dari "Zamatra" atau Sumatera yang telah dibeli di pasar Melaka . Beliau telah dibaptiskan dan diberi nama Henrique atau Enrique. Namun demikian, nama sebenarnya tidaklah diketahui dengan jelas. Kemungkinan juga Enrique merupakan penduduk Cebu yang bekerja di Melaka semasa Portugis menyerang pada tahun 1511. Tidak dapat ditolak kemungkinan juga Enrique dibawa dari Cebu ke Melaka dan diberi nama Enrique of Melaka. Mungkin juga Enrique seorang yang berdarah Filipino.

Magellan dilahirkan di Portugal dan kemudian berhijrah ke Sepanyol bersama-sama Panglima Awang setelah Raja Portugis menjadi lemah. Beliau berkhidmat pula di bawah payung kuasa Raja Charles 1 pada 1517. Ketika itu, Portugis sudah menguasai Melaka dan kepulauan rempah khususnya di kepulauan Maluku dan Magellan memberi pelan perancangan kepada baginda bagaimana Sepanyol boleh menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara. Disamping itu, Magellan ingin membuktikan bahawa bumi berbentuk bulat dan bukan rata seperti yang di duga oleh masyarakat. Raja Charles 1 bersetuju dengan cadangan Magellan itu dan Magellan diberikan restu bagi mengetuai angkatan lima buah kapal iaitu San Antonio, Conception, Victoria, Santiago, dan kapalnya sendiri iaitu Trinidad bersama kelasi kapal seramai 270 orang. Gerombolan ini memulakan pelayaran mengelilingi dunia di pelabuhan Sanlucar de Barrameda, Sepanyol pada 20 September 1519 seterusnya menyeberangi Lautan Atlantik,
tiba di benua Amerika Latin dan seterusnya menyeberangi Lautan Pasifik.

Ketika Magellan sampai di Sabah/ Kepulauan Sulu, Panglima Awang menjalankan peranannya sebagai penterjemah. Begitu juga ketika mereka tiba di Filipina pada 16 Mac 1521, memandangkan bahasa mereka seakan-akan sama dengan Bahasa Melayu yang dipertuturkan di gugusan kepulauan Melayu Nusantara. Lokasi tersebut bernama Samar dan tempat ini dikira masih jauh dari kepulauan rempah di Nusantara. Di sini, mereka mendapatkan bekalan makanan, minuman, pertukaran barangan , perhubungan dengan pedagang , menghantar mesej keamanan dan komunikasi dua hala dengan pemimpin dan masyarakat setempat di Nusantara.

Di Kepulauan Cebu, Filipina, Magellan telah berhubung dengan Raja Humabon. Raja Humabon bersama 800 orang rakyat Cebu berjaya dikristiankan oleh beliau. Beliau mengisytiharkan penduduk Cebu sebagai warga Tuhan Sepanyol. Beliau turut menggelar mereka sebagai "Indian" kerana berkulit gelap seperti penduduk selatan India. Raja Humabon meminta Magellan membantunya menghapuskan pemberontakan di perkampungan Mactan yang diketuai oleh Lapu-Lapu. Magellan telah menyerang kampung Lapu Lapu pada 27 April 1521 dengan 60 orang menggunakan senapang, meriam , senjata besi dan lain-lain. Manakala Lapu-lapu bersama 1500 orang pahlawan hanya menggunakan buluh runcing dan panah beracun.

Malangnya, Magellan menjadi mangsa pertama serangan tersebut kerana lengan kanannya luka akibat terkena panah beracun dan mati di situ. Pengikutnya pula lari lintang-pukang dan kembali ke kapal untuk menyelamatkan diri dari serangan balas tersebut . Peperangan ini disebut dalam sejarah Filipina sebagai Peperangan Mactan. Panglima Awang turut tercedera dalam serangan tersebut.

Tugas mengetuai gerombolan misi pelayaran ini diambil alih oleh si bidan terjun, Juan Sebastian Elcano yang menaiki kapal Victoria bersama-sama 17 kelasi kapal yang lain. Manakala, Panglima Awang dilantik oleh Duarte Barbosa sebagai kapten kapal Trinidad yang baru menggantikan Magellan. Beliau telah berunding dengan Raja Humabon dan baginda telah bersetuju menghadiahkan batu permata dan pelbagai hadiah lain untuk Raja Sepanyol. Namun, mereka telah diserang hendap pula oleh baginda.

Antonia Pigafetta, iaitu ahli sejarah Itali merangkap jurutulis Magellan yang ditugaskan mencatat perjalanan bersejarah tersebut menulis di dalam diarinya bahawa sebuah kapal sahaja iaitu Victoria selamat kembali ke Sepanyol bersama-sama 18 orang , tanpa menyebut nama Panglima Awang atau Enrique of Melaka. Namun, rekod rasmi yang dikeluarkan kerajaan Sepanyol menyebut Panglima Awang bersama 27 orang yang lain telah menamatkan misi tersebut...Persoalannya, mengapa wujud perselisihan pendapat mengenai jumlah pelayar-pelayar yang terselamat? Mengapakah nama Panglima Awang dilenyapkan daripada fakta senarai tersebut? Manakala, Juan Sebastian Elcano dan 17 yang lain termasuk Panglima Awang juga tidak diiktiraf sebagai orang yang berjaya melengkapkan pelayaran mengelilingi dunia tersebut walaupun beliau hanya bidan terjun yang menyempurnakan sebahagian pelayaran yang ditinggalkan oleh Magellan selepas kematiannya. Padahal, bukan Magellan yang bertanggungjawab menyempurnakan keseluruhan pelayaran secara total.

Raja Charles 1 telah menobatkan Magellan sebagai manusia pertama belayar mengelilingi dunia dan menganggap kejayaan tersebut sebagai kejayaan Sepanyol. Hasilnya, pernyataan tersebut menimbulkan kontroversi memandangkan Magellan dilahirkan di Portugal, bukan di Sepanyol dan beliau gagal menamatkan pelayaran tersebut kerana malaikat maut menjemput di Filipina. Para sejarawan barat sehingga kini masih mendakwa Ferdinand Magellan sebagai manusia pertama mengelilingi dunia dan bukannnya Elcano dan 17 yang lain termasuk seorang hamba Melayu bernama Panglima Awang.

Pigafetta tidak pula menyatakan secara jelas sama ada Panglima Awang kembali ke Melaka
, kembali ke Sumatera atau menetap di pulau Cebu.

Namun, apa yang masih menjadi misteri ialah benarkah Panglima Awang telah dibaptiskan oleh Magellan? Jika benar dakwaan tersebut, maka beliau adalah orang Melayu pertama yang telah murtad lebih kurang 488 tahun lalu. Dan di manakah letaknya kubur Panglima Awang ini jika benar beliau telah kembali ke Melaka, ke Sumatera, atau ke Cebu?

Namun, apa yang lebih penting, janganlah kita berasa rendah diri dan malu kerana dilahirkan berjiwa Melayu...Bangsa kita tidaklah seburuk yang dicanang oleh penjajah barat dalam kitab-kitab sejarah Melayu...Khazanah sejarah dan asal-usul kita perlu dicari dan digali supaya kebenaran yang bisa diyakini akan tersingkap...Sesungguhnya, bangsa yang selalu lupa akan sejarah, namun sejarah tidak sesekali pernah melupakan bangsa...

2 comments:

ferdinand magellan manusia pertama mengelilingi dunia adalah palsu..!!

yg pertama mengelilingi dunia dan membuktikan kalau bumi adalah bulat ialah Ibnu Batutah seorang tokoh muslim..

coba cari buku the adventure of Ibnu Battuta

 

Hello there, Shuhada is here. I'm a student from UiTM cawangan pulau pinang. Saya nak minta izin untuk gunakan penulisan awak as one of my final semester assignment. Hope i can get the feedback from you as soon as possible, thank you xoxo ><