helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Eco-Caliph Team (ECT) : Lasykar Mentari Di Puncak Bukit Broga..


"Jom kita berbongga !!!"...

Ungkapan yang cukup mendalam maknanya, mengingatkan kembali kepada kenangan menjejak suria pagi di puncak Bukit Broga, Semenyih yang begitu indah dengan panorama yang mempesonakan...Subhanallah..Alangkah indah ciptaan Tuhan...Rupa-rupanya terdapat banyak lagi tempat-tempat yang menarik di serata ceruk tanah air yang belum dikunjungi kedua-dua kaki ini..

Persediaan untuk ke destinasi dimulakan pada Isnin, 25.01.2010 sekitar jam 4 pagi. Dalam kesukaran membuka mata yang enggan bertahan membuka kelopaknya, ku gagahkan jua menuju ke bilik mandi untuk mempersiapkan diri seadanya...

"Hmm...nak naik bukit, tak payah la pakai baju tebal...letih..peluh plak nanti.."
Akhirnya baju yang ringkas menjadi pilihan untuk dikenakan pada tubuh..hehe..

Sebelum bertolak, sempat juga bergambar barang sekeping dua...Tradisi yang tidak mungkin ditinggalkan sama sekali sebelum perjalanan ke destinasi yang dituju.
Dari kiri: Yusoff, Rosli, Firdaus, Aku, Basir, Afifah, Ilyani, Busyra, Wan Azrin.

Kenderaan yang dinaiki meluncur laju membelah kedinginan pagi yang berembun halus dan mulus...

Hmm...Moga-moga dapat menjejak sinar mentari pagi untuk pendakian kali ini...

Info : 2° 56′ 14″ N, 101° 54′ 40″ E
50 km dari Kuala Lumpur/ 33 km dari Negeri Sembilan
Bukit Broga pernah dinyatakan oleh Freddie Spencer Chapman di dalam
bukunya "The Jungle is Neutral"
dan menjadi tempat askar British bertahan
dari serangan askar Jepun semasa Perang Dunia Kedua
- Sumber: Wikipedia


Selesai solat Subuh secara berjemaah di sebuah masjid berhampiran, kenderaan yang dipacu memecut menghala ke arah kawasan ladang kelapa sawit yang menyediakan tempat meletak kenderaan percuma di hadapan sebuah ladang ternakan arnab..Perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki dari ladang sawit ke arah kaki bukit dalam seadaan yang samar-samar...Pendakian bermula sekitar jam 6.40 pagi dan bila-bila masa sahaja matahari pagi akan muncul jika tidak sempat sampai ke puncak tepat pada waktunya...

Nasib baik tak terpijak ular, lipan, duri sawit, etc dalam kegelapan disebalik bayangan pohon-pohon kelapa sawit yang tak berbuah...huhu...



Yeah !! Itu dia !!

Akhirnya kami berjaya menjejak mentari di puncak Broga...berbaloi rasanya pengorbanan masa tidur semata-mata untuk merasai sendiri pengalaman melihat keindahan alam yang tidak ternilai ini...Deruan angin yang amat kuat menerjah muka membawa pergi segala penat lelah mendaki sejak pagi...Sekali-sekali badan terasa seakan-akan mahu terbang dibawa angin yang kuat itu...fuuu...








Macam kat Korea...ahaks...






Dari kiri: Yusoff, Ilyani, Afifah, Busyra, Azrin, Basir, Rosli, Firdaus, Aku.




0 comments: