Entri ini berasal daripada : http://greetingaddajjal.blogspot.com/
www.rujakmanis.com
Bersesuaian dengan kekuatan pengaruh golongan ini dalam mengubah minda dan gaya hidup masyarakat menyebabkan wujudnya entiti yang mengambil peluang untuk menyebarkan dakyah atau mesej rahsia melalui satu titik konspirasi , supaya masyarakat terbiasa dengan dakyah tersebut serta mula menerimanya sedikit demi sedikit tanpa sebarang perasaan ragu dan ingin tahu.
Dewa 19, sebuah band muzik yang terkenal dari republik Indonesia boleh digolongkan dalam golongan selebriti yang menyebarkan dakyah yang bersifat 'satanic' dan gelap, penuh dengan mesej-mesej kelam berimankan agenda Zionisme dan bertuhankan si pendusta akhir zaman Al-Masih Ad-Dajjal.
Kumpulan muzik popular ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan dianggotai oleh 5 orang sahabat terdiri daripada Ahmad Dhani, Once, Andra, Tyo, dan Yuke. Album pertama mereka dikeluarkan pada tahun 1992 berjudul Dewa 19 dan seterusnya mereka mengeluarkan album-album lain yang menjadi siulan pemuda pemudi di seluruh pelusuk gugusan nusantara termasuk Malaysia. Antara album mereka yang berjaya ialah Laskar Cinta, Republik Cinta dan Kerajaan Cinta.
Tanggal 10 April 2005, kumpulan muzik ini telah menimbulkan kontroversi apabila didakwa telah memijak kaligrafi kalimah ALLAH berbentuk bintang di atas pentas persembahan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Trans TV. Kaligrafi tersebut merupakan lambang album terbaru Dewa, Laskar Cinta. Ustaz Wahfiuddin, seorang pendakwah terkenal Indonesia secara kebetulan menonton siaran langsung itu dan telah membuat aduan kepada stesen televisyen tersebut, mendakwa logo yang dipijak oleh Dewa sebenarnya adalah kaligrafi kalimah 'ALLAH' iaitu tulisan kufi (kubisme) yang dijelmakan sebagai ungkapan ALLAH.
Bagi yang belum mengetahui lebih lanjut mengenai vokalis utama kumpulan ini iaitu Ahmad Dhani, beliau merupakan seorang berketurunan Yahudi dari sebelah ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler. Beliau juga sering kelihatan memakai Star Of David walaupun beragama Islam. Star Of David merupakan lambang bintang yang wujud pada bendera negara haram Israel berbucu enam.
Kulit-kulit albumnya juga menimbulkan keraguan kerana terdapat banyak unsur-unsur Freemason/Illuminati. Album pertama mereka, Dewa 19 menunjukkan ‘Unfinished Pyramid’ sama seperti di Satu Dolar US. Ini adalah lambang yang digunakan oleh Illuminatist untuk melambangkan pelan agung mereka yang belum siap sepenuhnya.
All-Seeing Eye pada kulit album Dewa 19 (Cintailah Cinta 2002)
Lambang Sayap pada kulit album Atas Nama Cinta yang turut digunakan oleh Theosophy (Pertubuhan Keagamaan Yahudi)
Bintang Lima (2000)
Emblem Theosophy
Berikut merupakan "snapshot" klip video 'Satu' dari Dewa 19. Terdapat banyak ’subliminal message’ di dalam klip video ini jika kita mengkaji dan menelitinya. Malah, muzik yang dimainkan sedikikit 'menyeramkan' dengan klip video yang penuh dengan suasana kelam dan tipu daya.
Intro video ini, tompok hitam mengalir dari atas ke bawah umpama mata Horus, tuhan matahari pada zaman Mesir purba berimejkan manusia berkepala helang.
Perhatikan ‘All-Seeing Eye’ di atas manusia. Manusia seolah-olah ‘terpenjara’ di dalam dunia Dajal. (New World Order)
‘Unfinished’ Piramid
Minda manusia seolah-olah diprogram untuk menurut kehendak mereka.
All-Seeing Eye
One World Religion! New World Order- One World Goverment- One World Religion
Pillar Of Freemason
Formation tangan yang sama dengan Baptomet (Kabbalah)
Gambar pertama, seorang manusia memegang piramid dengan mata satu. Gambar kedua, lelaki menyerupai perempuan (tanda kiamat?). Gambar ketiga, piramid dan sebelah mata di’contrast’.
Serpent Coil atau dikenali Lagash Vase (Zaman Firaun)
Adakah semua ini hanya kebetulan semata-mata? Anda mungkin silap...
1 comments:
Astagfirullahaladzim , thx 4 ur info
Post a Comment