skip to main |
skip to sidebar
Posted by
exwostorian
at
9:32 AM
Program Baktisiswa Suksis IIUM
16-23 April 2010
Bertempat di Kampung Taun Gusi 1, Kampung Taun Gusi Padang, dan Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud, Sabah.
Penerbangan MAS MH2662 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam 20 minit.
Suasana indah hamparan awanan memutih ; 33,000 kaki dari paras laut...syahdunya...
Selamat Datang ke Kota Belud..
Jelapang padi Sabah di daerah Kota Belud.
Sawah padi dilatari oleh gunung Kinabalu, gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.
Bertuah kerana dapat melihat puncak gunung dengan jelas selama 2 hari berturut-turut tanpa sebarang gangguan awan.
Suasana ketika matahari terbenam...Subhanallah...
Aktiviti gotong-royong dihidupkan bersama.
Lawatan industri kecil dan sederhana (IKS) sekitar kampung.
Pelancaran Rakan Cop dan aktiviti bersama anak-anak yatim.
Derma darah.
Sukan rakyat bersama penduduk-penduduk kampung yang terdiri daripada tiga kaum utama ; Bajau, Kadazan Dusun, dan Iranun.
Aktiviti santai...poco-poco?
Berjalan-jalan di Kundasang.
Berjalan-jalan sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.
Koleksi coklat bar murah yang berjaya di terjah di Labuan..
Bersama keluarga angkat yang peramah, En. Mohd Zain sekeluarga.
Air batu campur istimewa Kota Belud yang berwarna ungu dengan campuran kacang tanah serta cincau...hasil air tangan mama...
Haiwan pelik bernama "Tekek" - Cicak berkepala besar serta mengeluarkan bunyi kelakar yang sangat kuat seperti itik, dikatakan haiwan ini bermanfaat bagi mengubati penyakit HIV serta masih dalam proses kajian. Haiwan ini dijual dengan harga yang sangat tinggi.
Pantai Teluk Asukan, masih belum dicemari oleh tangan-tangan manusia...
Pokok kelapa bercabang di SK Kulambai, Kota Belud.
Dua buah keluarga besar...Semoga ukhuwah yang terjalin kekal selamanya...
3 comments:
salam..
subhanallah..tgk gambar2 ni rasa mcm sy sendiri yg join..tergambar kegembiraan korang..semoga pengalaman manis ini dapat memberi manfaat kpd semua..teringin nak g sabah :)
wslm...
bila ALA nak buat program kat sabah? Bukan selalu nak buat program jauh2 camni...hehe
wah.. bestnyer.. nak ikut..
Post a Comment