SEBELUM
SELEPAS
# Helmi Exwostorian says:
Lihatlah bagaimana keindahan dan kedamaian bumi umat Islam Palestin suatu ketika dahulu direnggut semahunya oleh Zionis kafir laknatullah 'alaihim. Saudara-saudara seagama kita sedang menderita di sana akibat dizalimi oleh regim Zionis yang mendirikan negara haram Israel dengan air mata dan darah umat Islam. Bukan setahun dua, sudah 60 tahun umat Palestin diancam dan dizalimi. Setiap hari yang dilalui bagaikan neraka dunia yang tiada bernoktah. Siapa lagi yang harus kita harapkan mampu menyelamatkan nyawa anak-anak kecil, wanita-wanita, dan warga tua yang bagaikan telur di hujung tanduk setiap hari, bila-bila masa sahaja nyawa bisa melayang di terbangkan peluru-peluru dan bom yang tiada kenal erti ihsan dan perikemanusiaan. Apakah harapan dan impian itu bisa disandarkan kepada para pemimpin umat Islam yang megah dengan resolusi-resolusi dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa cuma, namun tindakan yang bisa mengubah nasib dan mengembalikan mereka ke pangkuan kedamaian hampir tidak kelihatan sama sekali. Paling tidak dapat dimaafkan apabila segelintir pemimpin umat sendiri tersenyum melihat darah umat Palestin gugur menyembah bumi, mengkhianati umat dan bersekongkol dangan orang-orang kafir untuk menghancurkan mereka ...
Ayuh umat Islam...selagi kita tidak bersatu menegakkan keadilan untuk saudara-saudara kita, maka selagi itulah bumi barakah ini tidak akan bebas dari cengkaman musuh-musuh Allah. Lupakan persengketaan sesama kita, tinggalkan hiburan melampau yang melalaikan, kukuhkan iman di dalam diri..
Ingatlah..Jika tiada sekelumitpun keinginan untuk membela mereka, maka butiran pasir yang melata di bumi Palestin pun tidak akan mengampunkan kita !!
0 comments:
Post a Comment