helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Kopi Paling Mahal Di Dunia...LOL


Sumber foto : http://supersyok.blogspot.com

Kopi Luwak adalah kopi yang paling mahal di dunia, berharga dalam lingkungan
RM2,298 (AS$600) hanya bagi 500 gram. !! Malah, sebuah majalah kewangan antarabangsa, Forbes, menyatakan kopi ini dijual sehingga RM4,940 (AS$1,300) sekilogram yang layak menjadikannya kopi termahal di dunia. Para penggemar kopi Luwak menyifatkan kopi ini mempunyai rasa kelat seperti campuran tanah dengan koko. Faktor kerumitan dalam menghasilkannya turut menyebabkan harganya melambung tinggi.

Namun, apakah yang membuatkan kopi ini begitu istimewa?



Kopi Luwak keluaran Thailand jenama 'Doi Chaang'.





Kopi Luwak keluaran Filipina jenama 'Alamid'.



Kopi Luwak keluaran Indonesia jenama 'Maharaja'.

_______________________________________________________________

Kopi Luwak sebenarnya dihasilkan secara semula jadi oleh sejenis haiwan !!



Musang atau Civet, iaitu sejenis haiwan mamalia yang membiak di kawasan Asia, Afrika dan Eropah. Haiwan yang memiliki tubuh seperti kucing ini kebiasaannya mempunyai bintik-bintik pada badannya seberat 1.4 - 4.5 kilogram. Manakala, ukurun panjang tubuhnya sekitar 43 - 71 sentimeter termasuk ekornya. Musang mampu menghasilkan kasturi, lebih tepat lagi ekstrak kelenjar anal musang dijadikan sebagai bahan tambahan bagi menghasilkan minyak wangi berkualiti tinggi.

Musang hidup dengan memakan buah-buahan, serangga dan haiwan kecil lain. Ia juga menjadikan bijian kopi sebagai makanan utama. Musang yang diternak diberikan makanan berupa bijian kopi terpilih bagi menghasilkan kopi yang bermutu tinggi. Musang tidak mampu menghadamkan biji kopi, maka ia dikeluarkan dari tubuh melalui saluran najis, namun ia dianggap sebagai "bahan kumuh" yang bernilai tinggi. Semasa proses penghadaman, enzim yang wujud di dalam organ penghadamannya bercampur dengan biji kopi tersebut dan menghasilkan biji kopi yang mahal serta beraroma. Seterusnya, "najis" ini dikutip, dibersihkan, dan seterusnya dipanggang, dan hanya biji kopi terbaik dipilih untuk dikisar sebagai kopi. Kopi Luwak turut dikenali ramai di Indonesia.













Najis? Kopi?



Biji kopi + Enzim penghadaman musang = najis musang aka Kopi Luwak.







Amacam? Sanggup? Hahaha....Bagi 'free' pun tak nak !!



0 comments: