Entri ini berasal daripada : http://www.malaysiakini.com/news/128409
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah DISAHKAN sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.
Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.
Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.
Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun DIJUAL kepada ejen asing.
Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.
"Tak iktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam," katanya.
Katanya lagi, kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008.
# Helmi Exwostorian says :
Sila abaikan sebentar isu ini dari segi politik.
Sila pandang ia melalui sudut pandangan anda sebagai seorang beragama Islam atau sekurang-kurangnya berfikir sebagai seorang manusia yang punyai akal fikiran dan sifat perikemanusiaan. Fikirkan secara positif, gunakan logik akal dan analisa pandangan anda sendiri. Anda punyai hak untuk berfikir, sebagai seorang yang merdeka , yang mempunyai hak ke atas negaranya sendiri.
Persoalan yang perlu dikupas disini ialah, benarkah pasukan pertahanan yang memegang kunci keselamatan negara, iaitu pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang kita harapkan supaya melindungi negara dan maruahnya serta rakyat keseluruhannya kini dikuasai oleh pihak regim Zionis? yang sudah dikenali umum sebagai regim keparat yang bertindak mencengkam jiwa dan tubuh rakyat Palestin, merobek-robek sistem keadilan dengan kuku kezaliman serta memamah hak mereka selahapnya. Tidak cukup dengan itu, si kafir laknatullah 'alaihim ini bertindak melindungi kekejaman mereka di sebalik tirai besi sekutu kuatnya, tidak lain dan tidak bukan pihak Amerika yang pernah membasuh tangan-tangan mereka dengan titisan darah umat Islam di bumi Afganistan, Iraq dan Lubnan suatu ketika dulu.
Mengapakah pasukan polis negara bertindak menyandarkan kepala-kepala mereka pada bahu perisik Zionis dengan menjalinkan kerjasama atas alasan untuk menaiktaraf sistem komunikasi PDRM? Apakah tiada pakar-pakar seluruh dunia yang lebih bijak atau sekurang-kurangnya setanding dengan pakar-pakar dari Israel? Negara Iran misalnya, memiliki pakar-pakar yang diperakui kehebatan mereka dalam bidang teknologi dan komunikasi. Apakah salahnya jika khidmat mereka diaplikasikan dalam sistem PDRM? Sedangkan bahaya kebocoran maklumat mungkin berlaku bila-bila masa sahaja di tangan Zionuis Israel apabila maklumat rahsia keselamatan negara digali serta mengancam keselamatan nyawa rakyat keseluruhannya. Jika benar dakwaan ini, maka ia boleh diibaratkan sebagai "menjadikan sang belang sebagai gembala sekawanan biri-biri" . Tidak mustahil, sejarah penjajahan kuasa luar terhadap negara lebih 50 tahun yang lalu akan berulang kembali !! Sebelum ini, negara digemparkan dengan isu APCO Worldwide Sdn Bhd, sebuah syarikat komunikasi global yang diberikan tanggungjawab oleh kerajaan bagi melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada kerajaan persekutuan secara menyeluruh dan disarankan untuk menjayakan program mempromosi dan meningkatkan imej Perdana Menteri dan Malaysia di luar negara, sedangkan syarikat terbabit dikatakan turut mempunyai hubungan dengan kerajaan haram Zionis. Malah, mereka dikatakan bertanggungjawab dalam pembentukan imej gagasan 1Malaysia hasil duplikasi gagasan 1Israel !!Maka, rakyat Malaysia amat menantikan jawapan yang bernas serta memuaskan hati oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Razak, supaya terungkai simpulan keresahan di hati dan menyelamatkan mereka dari buruan bayangan ketakutan.
Tidak terkecuali isu yang dibangkitkan mengenai pasukan polis negara ini, seharusnya kerajaan dan pihak tertinggi PDRM memberikan penjelasan yang kukuh untuk menguatkan hujah mereka , atau sekurang-kurangnya mempertahankan kredibiliti mereka dengan menafikan dakwaan tersebut seberapa segera. Jika mereka berada di pihak yang benar, apa yang perlu dirisaukan? Berani kerana benar, takut kerana salah. Rakyat pasti menyokong penjelasan yang diberikan sekiranya benar dan saksama. Namun, sekiranya pihak kerajaan dan PDRM tidak mampu menangkis dakwaan tersebut dengan penjelasan yang kukuh, maka bersedialah rakyat Malaysia untuk menghadapi badai penguasaan Zionis yang pasti akan menghempas pantai kedaulatan negara !!
0 comments:
Post a Comment