helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Sah !! Perisik Israel Memang Wujud Dalam PDRM


Pelik..mengapakah
kebenaran ini tidak ditonjolkan di dalam Berita Harian dan Utusan? Mengapakah perkara serius ini di sembunyikan daripada pengetahuan umum? Berikut adalah berita yang diterbitkan dalam 2 versi berbeza :

Pertama :

Sumber : http://themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/59202-igp-asiasoft-tidak-lagi-dibenar-masuk-bukit-aman

KUALA LUMPUR, 8 April — Asiasoft, syarikat didaftarkan di Singapura dan berpangkalan di Tel Aviv, tidak lagi dibenarkan memasuki ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini.

Menurut beliau, siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran.

Dah lama kita siasat... bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat tersebut,” katanya.

Difahamkan siasatan berhubung isu tersebut pernah dijalankan polis selepas menerima laporan polis yang dibuat pada 14 Julai 2008 oleh seorang wartawan bebas Johari Ismail.

Kelmarin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya terdapat perisik Israel di Bukit Aman.

Anwar dalam perbahasan di Dewan Rakyat berkata, beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui Asiasoft (M) Sdn Bhd, yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM.

Beliau mendakwa kehadiran dua bekas pegawai tentera Israel dalam syarikat itu disedari oleh pegawai tertinggi PDRM dan juga Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Menurutnya Syed Hamid telah diberi taklimat berhubung perkara itu pada 23 Nov 2008 di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Dalam penjelasannya kepada Bernama hari ini, Musa mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat.

Beliau berkata, isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara.

“Sebagai ahli politik sepatutnya mereka boleh bezakan yang mana isu boleh cakap dan yang mana tak boleh kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.

“Sudah banyak kali kita ingatkan mereka dan sepatutnya mereka faham,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Johari dalam satu sidang media berkata pendedahan Anwar di Parlimen bertujuan menarik perhatian rakyat dengan cuba mempolitikkan isu keselamatan negara.

“Ini soal keselamatan negara jadi jangan politikkan isu ini kerana ia boleh menggugat kesejahteraan negara. Dia (Anwar) sanggup mengeluarkan isu lama untuk kepentingan peribadi tanpa memikirkan kesannya kepada negara,” katanya.

Beliau mendakwa isu tersebut pernah dikeluarkan oleh pengendali blog MalaysiaToday Raja Petra Kamaruddin dalam blognya pada tahun 2008 tetapi tidak mendapat perhatian umum.

Sementara itu di lobi Parlimen, Anwar berkata polis perlu meneruskan siasatan berhubung dakwaannya itu dan beliau sedia bekerjasama membantu siasatan.



__________________________________________________________________

Kedua :

Berikut ialah berita yang diterbitkan dalam ahkbar rasmi negara, Berita Harian.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Usahpermainkanisukeselamatannegara_/Article

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan semua ahli politik tidak menjadikan isu keselamatan negara untuk kepentingan diri sendiri dan meraih perhatian masyarakat.

Katanya, isu membabitkan keselamatan bukan satu permainan politik yang boleh digembar-gemburkan untuk meraih perhatian kerana ia berhubung kait dengan kesejahteraan negara.
“Sebagai seorang ahli politik, mereka sepatutnya sedia maklum isu yang boleh digembar-gemburkan atau sebaliknya terutama pendedahan yang dilakukan di parlimen kerana banyak faktor perlu diambil kira.“Isu keselamatan negara adalah sensitif dan tidak boleh dipolitikkan. Mereka (ahli politik) yang berpendidikan tinggi sepatutnya berfikir dulu dan tahu membezakan sesuatu isu sebelum mendedahkan sesuatu perkara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat mendakwa wujud pembabitan ejen Israel menerusi sebuah syarikat yang diberi kontrak untuk menaik taraf sistem komunikasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dakwanya, ejen Israel itu memasuki PDRM melalui syarikat Asiasoft yang diberi kontrak hampir RM1 bilion didaftar di Singapura dikuasai induknya di Israel.

Musa yang enggan mengulas lanjut mengenainya berkata, siasatan terhadap syarikat yang mengendalikan sistem itu sudah lama dijalankan dan syarikat berkenaan tidak lagi dibenarkan memasuki PDRM.
“Kita sudah lama siasat perkara ini, namun siasatan akan dilakukan kembali selepas perkara itu dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, di Parlimen, baru-baru ini,” katanya.

Difahamkan, laporan terbabit dibuat selepas satu laporan polis yang dibuat oleh wartawan bebas yang juga bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor, Johari Ismail pada 12 Julai 2008.

Di SHAH ALAM, PDRM menafikan wujud sebarang aktiviti keganasan, termasuk gerakan pemisah di sempadan Malaysia seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Musa berkata, setakat ini tiada bukti kawasan sempadan di Kelantan dan Perlis menjadi tempat persembunyian atau latihan gerakan pemisah.

Beliau yang memberi jaminan semua kawasan sempadan negara adalah selamat, berkata polis Malaysia dan Thailand sentiasa bekerjasama dalam aspek keselamatan, terutama apabila terdapat laporan wujudnya kegiatan mencurigakan di sempadan kedua-dua negara.

"Saya ada berbincang isu gerakan militan atau perkara yang berkaitan dengan keganasan, bersama-sama polis Thailand.

"Kami dapati tidak wujud sebarang masalah di sempadan kita (Malaysia dan Thailand). Kalau ada pasti tindakan segera sudah diambil," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Komuniti Pencegahan Jenayah di sini, semalam.


helmi exwostorian banner