Entri ini berasal dan di edit daripada : http://rubbertapperz.blogspot.com/
PERBANDINGAN HARGA KERETA PROTON MALAYSIA DENGAN ARAB SAUDI.
(klik pada image untuk besarkan )
NOTA BANDINGAN
Harga Persona kat Saudi = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950
(tengok kereta yang di eksport tu.. siap sport bumper dan spoiler bagai)
SR 1 (Saudi Riyal) = RM 0.87 (NILAI TERKINI - 4/4/2010)
Sumber : http://coinmill.com/
Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 31,262.52
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 29,097.52
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 32,864.61
Nak hantar ke Arab Saudi siap kena bayar pengankutan (kapal), tapi murah jer proton jual kereta dgn org Arab. Rakyat Malaysia bayar RM 59,388.00 - RM 62,888.00 untuk sebuah Waja di Malaysia !
_____________________________________________________________
PERBANDINGAN HARGA KERETA PROTON MALAYSIA DENGAN UNITED KINGDOM.
Entri ini berasal dan di edit daripada : http://rubbertapperz.blogspot.com/
2004-2007 antara UK dan Malaysia.
Ini adalah utk rakyat UK.
Gaji Pegawai Awam biasa UK = GBP 2,400++ (pound sterling) bersamaan RM 11,849.26++
GBP 1 (Pound sterling) = RM4.94 (NILAI TERKINI - 4/4/2010)
Harga Proton Savvy …. ……… 5,000 pound only = RM 24,685.97
Harga Proton Satria Neo …….. 3,500 pound only = RM 17,280.18
Harga Proton GEN-2 ………….. 5,700 pound only = RM 28,142.00
QUALITY: Very Quality, tahan lasak, body-baik-punya, enjin full spec, injection lagi. Jimat minyak, bunyi tak bising. (sebab UK akan reject kereta2 yang di import kesana jika tidak memenuhi spec atau syarat)
sumber harga:
http://www.savemoneyoncars.co.uk/cheap_new_cars_display/Proton/
Ini adalah utk rakyat Malaysia.
Gaji pegawai Awam Biasa M’sia = RM 2,200 ++ (Ringgit Malaysia)
Savvy (2007) …….. RM 32,000 ++
Satria-Neo (2007) .. RM 46,000 ++
Gen-2 (2007) ……..RM 44,000 ++
________________________________________________________
PERBANDINGAN HARGA KERETA PROTON MALAYSIA DENGAN AUSTRALIA.
Entri dibawah dipetik dan di edit daripada : http://cursingmalay.blogspot.com/
Proton telah melancarkan kereta Saga terbaharu yang dilancarkan di Australia Disember lalu dan dikenali sebagai Proton S16.
Apa kelebihan Proton Saga di sana:
1. Enjinnya standard berkuasa 1.6 (berbanding di sini 1.3)
2. Mempunyai dua airbag ( di sini hanya satu untuk driver)
3. Yang paling menarik; harga di sana hanyalah AUD 11,990. (Convert sini cuma RM 35,614.38) - merangkap kereta paling murah di Australia !!
Manakala di Malaysia : dalam lingkungan RM 31,500- RM 40,000 mengikut spesifikasi TANPA kelebihan-kelebihan sama yang didapati pada Saga di Australia.
AUD 1 (Dolar Australia) = RM 2.97 (NILAI TERKINI - 4/4/2010)
4.Support after sales dan warranty yang lebih ditawarkan (berbanding dengan sini)
5. Sudah tentu dari segi kualiti,kereta Proton yang dieksport jauh lebih baik berbanding kereta yang dijual di sini,jadi warga Australia perlu sedar bodohnya mereka jika tidak memilih Proton S16.
6. Ada immobiliser (kat sini,takde)
7.Tambah lagi satu,baru tau tadi,tayar spare yang dibagi kat Australia saiz sama dengan stended (kat negara pengeluar,saiz kecik)
________________________________________________________
PERBANDINGAN HARGA KERETA PROTON MALAYSIA DENGAN UNITED ARAB EMIRATES (UAE).
Sumber : http://www.drivearabia.com/proton/
Kereta Proton di UAE :
Gen-2 = AED 35,000 - 40,000 (dirham) , bersamaan RM 30,949.56 - RM 35,370.93
Savvy = AED 23,000.00 - 25,000 (dirham) , bersamaan RM 20,338.28 - RM 22,106.83
Waja =AED 45,000 - 50, 000 (dirham) , bersamaan RM 39,792.29 - RM 44,213.66
AED 1 = RM 0.88 (NILAI TERKINI - 4/4/2010)
Kereta Proton di Malaysia :
Gen-2 = RM 46,033.29 - RM 58,919.46
Savvy = RM 42,276.05 - RM 43,182.12
Waja = RM 59,388.00 - RM 62,888.00
________________________________________________________
PERBANDINGAN HARGA KERETA PERODUA MALAYSIA DENGAN UNITED KINGDOM
Benarkah ini laman web syarikat automobil negara, Perodua di United Kingdom? Benarkah? Musykil betul la..Tidak sanggup rasanya untuk meletakkan gambar laman tersebut di sini. Sila klik http://www.perodua-uk.com/
Macam tak serius je nak berniaga..
Harga Kereta Perodua di United Kingdom : http://www.carpages.co.uk/guide/perodua/
Myvi = GBP 7,799 - GBP 8,499 (pound sterling) bersamaan RM 38,505.17 - RM 41,961.21
Kenari = GBP 6,799 - GBP 7,599 (pound sterling) bersamaan RM 33,567.98 - RM 37,517.73
GBP 1 = RM 4.94 (NILAI TERKINI - 4/4/2010)
Harga Kereta Perodua di Malaysia : http://www.perodua.com.my/
Myvi = dalam lingkungan RM 38,924.10 - RM 53,608.20
Kenari = dalam lingkungan RM 39,046.50 - RM 44,633.70
# Helmi Exwostorian says :
Gunakan kebijaksanaan anda untuk menilai sejauh mana nilai sebenar kenderaan keluaran negara yang dibangga-banggakan selama ini. Berbaloikah sebahagian daripada warganegara kita yang berpendapatan rendah atau berahli keluarga ramai untuk memiliki kereta sendiri yang berharga tidak masuk akal langsung, malahan terpaksa pula menanggung bebanan hutang kereta selama 9 atau 10 tahun dan tangga gaji minima masih berada di tahap lama? Malah, seringkali kita mendengar keluhan-keluhan pemilik kenderaan nasional mengenai kualiti kenderaan tersebut yang dihasilkan dalam negara yang dikatakan semakin merudum dari hari ke hari. Berbeza pula dengan kereta yang di export ke luar negara..kualiti yang memang boleh dibanggakan..Jadi, timbul satu persoalan, untuk siapakah kereta nasional dihasilkan? Apakah ianya benar-benar untuk rakyat atau sekadar ingin mencari keuntungan besar semata-mata?
Kereta sudah dianggap sebagai satu keperluan masa kini sama seperti telefon bimbit yang bukanlah dianggap sebagai hak milik eksklusif orang-orang kaya dan berada lagi. Wajarkah kita mendabik dada dan melebarkan senyuman "hingga ke telinga" dengan status negara kita sebagai negara pengeluar kereta nasional, namun terpaksa membayar harga status berkenaan dengan cucuran keringat dan linangan air mata kepayahan? Amat malang sekali bagi kita kerana tidak diberi pilihan untuk mendapatkan kenderaan yang lebih murah akibat daripada cukai kenderaan yang dikenakan ke atas kenderaan yang diimport dari luar negara adalah terlalu tinggi demi menjamin survival Proton di tanah air sendiri. Adakah Proton terlalu bimbang akan persaingan daripada syarikat-syarikat industri automobil luar negara? Adakah juga ia mahu memainkan peranan yang besar demi menyemai semangat patriotik dalam diri warganegara Malaysia supaya mencintai produk keluaran negara sendiri? Jika begini keadaannya, sampai bila-bila pun Proton tidak akan mampu berdiri teguh dengan jenamanya sendiri yang hanya sekadar mampu berlagak macho bagai jaguh kampung dalam gelanggang ilusi ciptaannya sendiri.Tidak sedar pula keris di pinggang berkarat dan sumbing tak terperi..Mungkin kerana "prestasi" hebat syarikat ini di luar negara, maka mereka mampu berbangga dengan iklan hebat yang diperkenalkan di kaca televisyen dengan menampilkan watak mat dan minah saleh naif yang memuji-muji kehebatan kereta Proton !!
2 comments:
agak terkejut dgn berita ini. berita ini ibarat mnyusu beruk di hutan tenuk di rumah mati kelaparan
Tepat sekali...kesian tenuk itu...hihi...
Belum lagi jika kita lihat review orang luar mengenai kereta tempatan kita..sila lihat review Jeremy Clarkson mengenai perodua kelisa di http://www.youtube.com/watch?v=d8Wp0yHct_I
Dan lihat bagaimana ia di bom secara live !!!
Post a Comment