helmi exwostorian

Biarkan Hati Berkata-Kata...Menjadi Pendeta Menutur Kalam Cinta...Walaupun Pedih Untuk Berbicara...Takkan Sirna Al-Haq Walau Terkesima Seribu Bahasa...

Idola?? Sekali lagi...Idola??



Teh O? Chrysanthemum?

Gambar Lisa Surihani dan BF Tengok Bola Sambil Bersosial

Botol kicap?

Apa lelaki baju hitam di belakang sedang buat?


Coke dalam gelas Tiger?


F&N Punch?



Teh O juga?

image

image



No Comment.


Perhatian...si manis berbaju biru ni bukan artis ye...
___________________________________________________________

"Peminat-peminat muda menjadikan saya sebagai idola mereka, so, saya harus pandai membawa diri dalam dunia seni.."

"Alhamdulillah...Saya bersyukur kerana memenangi anugerah pada malam ini dan bersyukur dikurniakan bakat oleh Tuhan bagi meneruskan survival dalam arena seni..." (Sambil berpakaian seksi dan menjolok mata).

"Sebagai idola masyarakat yang mempunyai ramai peminat, artis-artis kita perlu lebih banyak menyertai program-program amal seperti membantu anak-anak yatim supaya menjadi contoh tauladan kepada mereka..."

***

Haha...seringkali hati kecil ini tertawa geli hati apabila mendengar atau membaca petikan kata-kata "masuk bakul angkat sendiri" para artis yang ditemubual dalam sesuatu program hiburan di televisyen atau dada-dada akhbar dan majalah. Istilah "artis sebagai idola" yang dipromosikan dan diwar-warkan oleh media-media hedonis negara telah diperkenalkan sejak lama dahulu.

Artis-artis mendapat tempat sebegitu mudah dalam hati masyarakat, dipuji dan dipuja bagaikan Tuhan bertopengkan manusia, sehingga sebahagian daripada "pecinta dari jauh" ini sanggup mengabdikan diri semata-mata ingin menjadi peminat setia dengan mendapatkan apa sahaja item berkaitan artis pujaan mereka - album, t-shirt, poster, majalah atau apa saja. Jika diperhatikan, agenda hiburan yang dibawa oleh mereka secara melampau ini disulami dengan fesyen , perlakuan, dan genre muzik bermahkotakan ideologi barat semakin berleluasa tanpa sebarang sekatan oleh para penguasa daulah, dan di berikan solekan "indah" bakat (kononnya) semulajadi dalam bidang nyanyian dan lakonan.

Jika disoroti isu kepenggunaan negara, pasaran atau bekalan sesuatu produk bertambah apabila wujud permintaan . Begitu juga dengan industri seni tanah air.

Setiap tahun , ada sahaja program-program realiti yang dianjurkan olen media-media tempatan yang menjemput rakyat seluruh pelusuk negara dari peringkat marhaen sehinggalah peringkat bangsawan tertinggi untuk menyertai program-program tersebut. Pelbagai janji manis ditabur di atas jalan dan disambut baik penuh impian dan harapan oleh pengemis-pengemis kemasyuran ini.

Semuanya berangan-angan menjadi artis...selebriti terkenal...walaupun sedar dirinya bermodalkan paras rupa cuma. Ibu bapa pula megah mendabik dada melihat anak-anak muncul di kaca televisyen dan memberikan sokongan padu tidak berbelah bagi, melebihi bangganya ibu bapa yang anaknya berjaya menjadi profesor, doktor, guru, atau peguam berjaya. Manusia semakin leka dan hanyut dibawa perasaan indah ingin menjadi bintang, bulan, atau matahari sekalipun demi meraih populariti sekelip mata. Maka semakin bertambah ramai golongan penyebar virus hedonisme dalam hati masyarakat terutamanya muda-mudi yang diharap dapat menjadi pemuka bagi menjunjung amanat sebagai khalifah penegak kalimah Allah di muka bumi.

Layakkah para artis dinobatkan sebagai idola? Adakah keperibadian mereka sehebat junjungan besar Rasulullah SAW atau para sahabat baginda radiallahu 'anhum? Adakah hati mereka sesuci para khalifah yang pernah menegakkan panji syariat dan menggertak musuh-musuh Allah suatu ketika dulu? Atau para pemimpin atau pejuang keadilan dari kalangan rakyat bawahan yang membantu menuntut kemerdekaan ? Atau sekurang-kurangnya adakah mereka lebih mulia daripada tukang cuci tandas yang mencari rezeki dengan cara yang halal sambil berbakti kepada masyarakat walaupun sedar diri bergelumang bau hamis dan najis kekotoran manusia lain? Sedangkan pada hakikatnya, para artis ini tidak lebih sekadar kawanan singa di hutan yang dibaluti lembaran bulu pelepah sang merak atau kuntum-kuntum bunga mekar harum di jalanan, namun menyembunyikan kumbang-kumbang perosak di sebalik kudup dan helaian dedaun lebarnya...


0 comments: